Posts

Showing posts with the label laguna agro resort

Peladang Setiu Agro Resort menawarkan Baucer Penginapan 2H1M Percuma dan Baucer Diskaun 80% di MAHA 2018 Maerps pada 22 Nov ini

Image
Peladang Setiu Agro Resort menawarkan Baucer Penginapan 2 Hari 1 Malam PERCUMA kepada pengunjung di Pameran MAHA 2018 yang akan berlangsung di MAERPS Serdang. Pihak resort turut menawarkan baucer penginapan dengan diskaun sehingga 80% sepanjang apmeran tersebut. Malah pelanggan juga akan turut berpeluang mendapat baucer diskaun 50% dengan hanya berkongsi gambar di ruang pameran di Instagram agroresort_setiu_terengganu. Jangan lepaskan peluang nikmati 501 menu juadah popular dari semua negeri. Dapatkan produk industri asas tani, buah-buahan, sayur-sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar. 13 pavilion negeri akan dibuka, menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri untuk disajikan kepada para pengunjung. Nikmati juga pengala man menyeronokkan bertani secara langsung di semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya. Ayuh kunjungi MAEPS Serdang pada 22 November hingga 2...

Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu... keunikan Setiu Wetland

Image
Laguna agro resort terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu Bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan di sinilah tempatnya Keunikan Setiu Wetland terserlah disini dan anda dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah, lokan dan kerang sendiri Juga bagi kaki pancing, siakap putih, siakap merah dan kerapu menanti anda Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah marin dan ekosist em alam Berlindung disini adalah pelbagai hidupan yang kian terancam seperti tuntung laut (batagur borneonsis), tuntung sungai (batagur affinis) dan penyu agar (chelonia mydas) Setiu wetland merupakan salah satu tempat di dunia yang mempunyai populasi yang tinggi bagi tuntung laut #setiupost #setiuwetland #lagunaagroresort #visitbeautifulterengganu2 018

Keunikan Setiu Wetland

Image
Keunikan Setiu Wetland Satu satunya tanah lembab atau paya becah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu, laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Menjadi tempat pembiakan terbesar tuntung di Malaysia dari spesis 'Painted Terrapin'. Ia juga menjadi tempat pendaratan penyu hijau iaitu 'Chelonia Mydas di kawasan Setiu Wetland ini. Malah kawasan ini juga membekalkan benih-benih kerapu dan tiram yang menjadi sumber rezeki nelayan di kawasan Wetland Setiu ini. Sememangnya ia unik dan perlukan pemuliharaan yang intensif bagi mengekalkan keunikan dan sumber ekosistem untuk suatu jangka masa yang panjang. Kini satu lagi tarikan baru pelancongan di kawasan ini adalah memerhati burung (bird wathing) yang sememangnya memiliki jumlah burung yang banyak dan unik dan belum diteroka sepenuhnya. Dan dikatakan terdapat burung dari Siberia dan Mongolia yang singgah di sini dan kawasan...

Menerima Lawatan Dato' Ketua Pengarah LPP

Image
Awal Oktober 2011 tempohari sibuk juga bersedia untuk lawatan Dato' Arpan Shah Bin Satu untuk lawatan ke Setiu di mana beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Induksi LPP Kuala Lumpur di Agro Resort, Setiu, Terengganu. Beliau juga turut melawat Laguna Agro Resort dan Pusat Asuhan dan Penetasan Akuakultur PPk Setiu di Gong Batu, Setiu. Apa yang menjadi kegemaran beliau apabila berkunjung ke Negeri Terengganu adalah Nasi Dagang dengan berlaukkan ikan aya, ayam kampung dan gulai itik. Cili mesti lebih dalam kuah. Beliau seorang yang 'humble' dan mudah untuk didekati.

Pengunjung blog