Posts

Showing posts with the label lokan

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Image
  Balik dari Besut tadi singgah dekat Gerai Jualan Hasil Laut di Kg Fikri, Setiu, Terengganu Niat nak cari ketam nipah dan lokan. Dapatlah ketam nipah dalam 2kg lebih dengan harga rm35 sekg. Juga kita beli lokan dengan harga 3kg untuk RM10. Lokan ni masak dan di makan segar memang sedap. juga ada tiram dan kepah segar. Kebanyakan hasil ini adalah pencarian nelayan di kawasan Fikri dan Kuala Setiy ini yang amat kaya dengan pelbagai sumber hasil laut.

Ramadhan @ Dapo Agro, daripada Peladang Setiu Agro Resort serendah RM29.00 seorang

Image
Peladang Setiu Agro Resort , resort berkonsepkan Agrotourism di Setiu, Terengganu menawarkan Promosi Ramadhan @Dapo Agro di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan tawaran dan menu masakan istimewa. Harga yang ditawarkan adalah RM29.00 seorang bagi set hidangan dan RM38.00 seorang bagibufet. Pelbagai menu masakan kampung menjadi 'signature dish' resort ini dan yang paling istimewa adalah 'makan nasi dengan budu dan ulam'. Pelanggan juga boleh memesan masakan berasaskan itik seperti Gulai Ittk atau Gulai ketam atau masakan lokan sebagai menu tambahan dengan kadar bayaran tertentu. Dengan tempahan berbuka puasa juga turut mendapat kadar istimewa bagi penggunaan dewan mesyuarat atau dewan seminar. Pihak resort juga turut menawarkan Promosi Bilik Istimewa Ramadhan dengan tawaran 50% potongan diskaun sepanjang Ramadhan ini.Tempahan boleh dibuat secara terus ataupun melalui tempahan ONLINE di www.booking.com dengan menaip Peladang Setiu Agro Resort Bagi...

Pengunjung blog