Posts

Showing posts with the label losong

Pameran Haiwan Berbisa di Muzium Terengganu pada 21 Okt hingga 31 Dis 2013

Image
Jom luangkan masa mengenali haiwan2 berbisa pelbagai spesis di Pameran Haiwan Berbisa pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Berpeluang menyaksikan satu-satunya "Timber Rattlesnake" pertama di Malaysia. Boleh bawa anak-anak untuk lebih mengenali dunia muzium dan juga dunia haiwan sebagai salah satu wadah pendidikan. Inilah peluang untuk bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Tiket RM5 utk dewasa, RM2 utk kanak2, RM1 utk kanak2 berunifom sekolah. Bayaran tiket  hanya sekali utk kemasukan ke Pameran Tetap Muzium dan Pameran Haiwan Berbisa Jangan lepaskan peluang ini!!

Rumah Unik 70 tingkap di Losong, Kuala Terengganu

Image
Rumah 70 tingkap Oleh Baharom Bakar bminggu@bharian.com.my 2012/04/15 Kediaman Haji Su simbol kehebatan pertukangan Melayu era 1800, ilham pedagang tersohor gabung seni bina Nusantara termasuk Jaipur, India RAMAI terfikir apa agaknya rahsia di sebalik gahnya sebuah rumah agam Melayu yang tampak usang di Kampung Losong Haji Su di Kuala Terengganu, Terengganu, hingga Lembaga Muzium Terengganu melabur RM3.2 juta membeli kediaman itu. Sekalipun usang dan buruk, rumah agam ini damai dikelilingi pokok buluh cina. Aura kediaman mewah zaman silam itu tetap menyerlah, hinggakan rumah itu sering dibanjiri pelancong tempatan dan luar negara termasuk dari Mesir, Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Tidak ketinggalan, kalangan arkitek tersohor antarabangsa termasuk dari Filipina dan Korea Selatan yang mahu mengkaji kehalusan seni bina rumah agam ini. Selain arkitek, pengkaji sejarah juga tidak ketinggalan merakamkan gambar rumah agam ini, bia...

Jalan Lagi ke Muzium Negeri Terengganu

Image
Kali ini kita meneroka satu lagi destinasi penting di Terengganu iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Ia terdiri daripada bangunan utama yang indah dan unik, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional serta taman boani dan herba. Terdapat 10 galeri di muzium ini untuk kita kenali sejarah Terengganu dan juga Tamadun Melayu iaitu hasil tenunan yang bermutu, hasil kraft, barang-barang sejarah dan pra sejarah, peralatan di raja, sudut alam semulajadi, hasil seni, petroleum, sejarah Islam, sejarah generasi baru serta seni kontemporari. Kita dapat mengenali susur galur sejarah keilmuan Islam dengan sejarah pelbagai alim ulama yang suatu ketika dulu menunjangi negeri samada dengan menjadi ulama, pendakwah, pembesar atau penasihat sultan iaitu Tokku Paloh, Tokku Pulau Manis, Syeikh Abdul Malik, Tokku Tuan Besar dan ramai lagi. Jadi kenalah datang sendiri untuk melihat dan alami sendiri. Pastikan anda memperuntukkan masa yang agak lebih sedikit iaitu sekurang-kurang 4 jam agar la...

Pengunjung blog