Posts

Showing posts with the label makan ayam

Melayan anak-anak cuti semasa cuti sekolah makan ayam

Image
makan dengan penuh bersemangat Semasa membeli keperluan persekolahan anak-anak baru-baru ini, rasa nak makan pizza bersama anak-anak, tapi selesai membeli keperluan persekolan jam sudah menunjukkan sudah lebih pukul 10.00 malam, jadi kena ubah plan dan anak-anak membuat pilihan untuk makan ayam. Kedai ayam goreng sebelah HSNZ menjadi pilihan anak-anak. Sampai di sana didapati ramai juga manusia di sana yang sedang beratur untuk membeli ayam dan kaum kerabatnya. Cukup hebat pengaruh ayam ini dalam kehidupan di zaman serba canggih ini. Apapun seronok melihat anak-anak makan ayam dan menu kerabatnya dengan berselera sekali walaupun jam dah menunjukkan 11.00 malam lebih. Masa untuk anak-anak agak terhad sejak akhir-akhir ini, lagipun cuti tahunan dah habis. Sekurang-kurang ia mengubati dan memberi masa berharga bersama anak-anak. Plan 2012 akan menggunakan baucer percutian di Riyaz Pulau Duyung. Kalau akhlak bagus, kita juga akan makan pizza lain kali. Kita cari yang cheese lebih...

Pengunjung blog