Aduan Makanan Mahal.. harap-harap tuan punya kedai dapat ambil tindakan serius dan segera
Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais. Ketika sedang menjamu selera datang seorang pekerja untuk memberi bil yang ditulis dikertas kosong. Saya tidak endahkan lagi tetapi ketika sedang makan saya tergerak hati untuk melihat bil tersebut. Alangkah terkejutnya dengan harga yang cekik darah tersebut. Saiz ikan tersebut biasa sahaja malah boleh dikatakan standart sa...