Posts

Showing posts with the label masjid putih

Foto segmen; Masjid Putih @ Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Image
Masjid putih yang sentiasa memberi impak cantik yang tersendiri setiap kali di fotokan Sambil membelek folder gambar, terpandang gambar ini yang menarik pandangan mata iaitu gambar Masjid Putih. Memang betul kata kawan blogger Azizi Embong @ activedigitalmedia, gambar cantik adalah tuah masa, waktu, sedikit teknik dan yang pasti kamera sentiasa di sisi samada kamera kompak atau Handphone. Apa yang pasti tidak semua orang mengambil peluang yang sama sebagaimana yang kita ambil. Apalagi kalau ia ditangan jurufoto berpengalaman dan profesional tentu lebih menarik gambar ini. Tetapi pada blogger sebagai jurufoto hingusan ini sudah dikira bagus. Impian untuk memiliki DSLR masih terpahat kukuh, moga dimurahkan rezeki supaya minat dalam fotografi termakbul untuk berkarya dengan lebih baik.

Masjid Sultan Zainal Abidin @ Masjid Putih

Image
Masjid Sultan Zainal Abidin atau Masjid Putih antara masjid utama di negeri Terengganu. Ia mempunyai sejarah yang tersendiri dan nilai tradisinya sendiri. Ia juga boleh dikatakan nadi kepada Kuala Terengganu suatu masa dahulu hinggalah kini. Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah atau berhampiran dengan pusat tumpuan orang ramai seperti Pasar Payang, Jeti Penambang, Istana Maziah pusat pentadbiran dan perniagaan serta lain-lain kemudahan. Kini ia telah dinaik taraf dan dibaik pulih dengan mengekalkan keaslian bangunan utama dan turut dilengkapi dengan penghawa dingin bagi keselesaan pengunjung. Ia juga menjadi lokasi bagi program Suara Masjid anjuran RTM dan Terengganu FM yang berlangsung setiap malam. Dengan wujudnya program-program ilmu menjadikannya lebih bermakna dan sentiasa memberi manfaat kepada jemaah yang dahagakan ilmu kerohanian. Dibelakang masjid juga terdapat tanah perkuburan di raja dan juga para pembesar-pembesar negeri serta rakyat jelata. Ia juga dijaga dengan b...

Pengunjung blog