Posts

Showing posts with the label muzium negeri terengganu

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Image
Kedai Koffie di Kg Losong Haji Long kini menjadi tumpuan dengan pelbagai menu menarik dan suasana kedai yang santai dan menarik. Pelbagai menu menjadi tarikan pengunjung dari masakan panas, masakan barat malah hingga ke snek berat dan ringan. Semuanya nampak sedap. Begitu juga dengan pelbagai pilihan minuman seperti pelbagai pilihan minuman susu goncang atau 'milk shake'. Harga bagi setiap makanan dan minuman juga berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua golongan. Kedai Koffie yang diusahakan oleh Puan Haslinda dan dan suami ini terletak dilokasi strategik iaitu jalan menuju ke Muzium negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam serta jalan menuju ke LPT. Admin sendiri mencuba Nasi Goreng Ikan yang memang sedap dan klasik bagaikan masakan ibu serta Kopi Ais. Berbaloilah datang ke sini... #setiupost #terengganupedia #makan

Jom kita tengok Gamelan di Stadium Tertutup, Gong Badak... irama klasik Terengganu yang unik

Image
Di sini ingin wawarkan dua 'event' yang akan berlangsung di Terengganu anjuran Muzium Negeri Terengganu iaitu Pertandingan Klasik Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan pada 20 hingga 21 Oktober 2015.  Ia berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.  Manakala  Festival Gamelan Sedunia pada 24 hingga 26 Oktober 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu dan akan berlangsung dari jam 4.30 petang hingga 11.00 malam. Jom kita bawa famili ramai-ramai dan menikmati keindahan muzik Gamelan yang mengasyikkan. # Terima Kasih Tg Anis Suraya- Muzium Negeri Terengganu

Meriam berusia lebih 100 tahun di Kg Tanjung, Kuala Terengganu

Image
Meriam lama dipercayai berusia lebih 100 tahun telah dijumpai di Kg Tanjung, Kuala Terengganu berhampiran dengan sebah pasaraya dan tidak jauh daripada tapak lama stesen bas. Ia merupakan satu penemuan penting kepada sejarah negeri Terengganu di mana kawasan tersebut merupakan sebuah bandar lama yang pesat serta penting samada kepada perdagangan dan juga strategi keselamatan Kuala Terengganu. Malah Kuala Terengganu sendiri adalah antara pelabuhan penting suatu masa dahulu di rantau ini dan menjadi tempat perdagangan dan pertemuan penting. Di harap banyak lagi penemuan penting yang membawa kepada lebih banyak kisah penting sejarah Terengganu untuk kita tahu dan kenali lebih banyak tentang kegemilangan Terengganu suatu ketika dahulu. Meriam ini di dibawah kajian Jabatan Muzium Negeri Terengganu bagi kerja-kerja penyelidikan lanjutan. Sumber Facebook

Pameran Haiwan Berbisa di Muzium Terengganu pada 21 Okt hingga 31 Dis 2013

Image
Jom luangkan masa mengenali haiwan2 berbisa pelbagai spesis di Pameran Haiwan Berbisa pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Berpeluang menyaksikan satu-satunya "Timber Rattlesnake" pertama di Malaysia. Boleh bawa anak-anak untuk lebih mengenali dunia muzium dan juga dunia haiwan sebagai salah satu wadah pendidikan. Inilah peluang untuk bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Tiket RM5 utk dewasa, RM2 utk kanak2, RM1 utk kanak2 berunifom sekolah. Bayaran tiket  hanya sekali utk kemasukan ke Pameran Tetap Muzium dan Pameran Haiwan Berbisa Jangan lepaskan peluang ini!!

Destinasi menarik di Terengganu jadi pilihan pelancong

Image
Oleh: Suriati Ali Pelancong luar Terengganu dan pengunjung tempatan tidak melepaskan peluang menghabiskan waktu cuti sekolah bersama keluarga dengan mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu.  Antara destinasi yang menjadi tumpuan termasuk, Pantai Batu Buruk, Taman Shahbandar, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu; Taman Reakreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman dan beberapa pulau di negeri ini. Kuda padi menjadi pilihan pengunjung setiap singgah di Pantai Batu Burok Jalan Pantai Batu Burok sesak setiap kali tiba cuti sekolah Pihak berkaitan turut menganjurkan pelbagai program seperti Fiesta Waterfront di Taman Shahbandar, Karnival Juala Murah di Pantai Batu Buruk dan Pesta Buku di Pusat Dagangan Terengganu Jalan Hiliran, Kuala Terengganu semata-mata menarik minat pengunjung.  Menjadi kebiasaan, sepanjang 53 hari cuti akhir tahun persekolahan, lokasi itu pasti dipenuhi pengunjung dan jalan raya pula ...

Pengunjung blog