Posts

Showing posts with the label muzium terengganu

MB Terengganu melawat rumah warisan Haji Su di Kg Losong

Image
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd.Rahman melawat rumah tradisi Terengganu di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu pada 31 Januari 2017.  Rumah tradisi Terengganu milik pedagang terkenal pada masa lalu, Allahyarham Tuan Haji Mohammed Salleh yang berusia lebih 166 tahun dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu pada tahun 2014 daripada waris Allahyarham dengan harga RM3.2 juta dan menjalani proses pemuliharaan dan telah siap dan dibuka kepada kunjungan orang ramai.    Rumah tradisi yang lebih dikenali dengan Rumah Haji Su dipulihara oleh kerajaan negeri bagi memastikan rumah yang bercirikan reka bentuk Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga bagi mengekal sejarah dan warisan seni bina Terengganu.    Yang turut hadir pada sesi lawatan itu ialah Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Yusuf Abdullah.        @Jabata...

Muzium Terengganu Anjur Himpunan Muzik Tradisional 9 Sept Ini

Image
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Alunan muzik tradisional pelbagai kaum di negara ini termasuk masyarakat Siam dan Orang Asli bakal bergema di pekarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 9 Sept ini. Himpunan Alunan Muzik Tradisional selama tiga hari itu akan berlangsung di Laman Warisan muzium dari 9 pagi hingga 5 petang, kata Penolong Kurator Bahagian Etnologi muzium Azlaizie Razali, kepada Bernama pada Rabu. Katanya pelbagai aktiviti menarik turut disediakan oleh peserta selain jualan produk dan program 'Bicara Seni'. "Sebagai kelainan, hari terakhir program kita akan mempersembahkan gabungan lima alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli," katanya. Katanya bagi muzik tradisional Melayu, muzium itu memilih alunan muzik Terengganu menerusi persembahan gamelan, ketuk ulu, tarian saba, mak yong serta rebana. -- BERNAMA

Sejarah Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu dikatakan mula ditemui pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kg Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian ianya dijumpai pula pada 1902 oleh Sayed Husain ghulam Al Bukhari, seorang ahli perniagaan di tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan batu alas kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Sayed Husain telah meminta bantuan Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk di bawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, ia dipersembahkan ke Bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudiannya batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun iaitu N Suzuki mengambil gambar dan gambar itu di hantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaan. aa Hasilnya didapati batu itu ditulis dalam Bahasa Melayu Jawi tua yang bertarikh 702 hijrah. Dan kajian terkini telah ...

Jalan Lagi ke Muzium Negeri Terengganu

Image
Kali ini kita meneroka satu lagi destinasi penting di Terengganu iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Ia terdiri daripada bangunan utama yang indah dan unik, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional serta taman boani dan herba. Terdapat 10 galeri di muzium ini untuk kita kenali sejarah Terengganu dan juga Tamadun Melayu iaitu hasil tenunan yang bermutu, hasil kraft, barang-barang sejarah dan pra sejarah, peralatan di raja, sudut alam semulajadi, hasil seni, petroleum, sejarah Islam, sejarah generasi baru serta seni kontemporari. Kita dapat mengenali susur galur sejarah keilmuan Islam dengan sejarah pelbagai alim ulama yang suatu ketika dulu menunjangi negeri samada dengan menjadi ulama, pendakwah, pembesar atau penasihat sultan iaitu Tokku Paloh, Tokku Pulau Manis, Syeikh Abdul Malik, Tokku Tuan Besar dan ramai lagi. Jadi kenalah datang sendiri untuk melihat dan alami sendiri. Pastikan anda memperuntukkan masa yang agak lebih sedikit iaitu sekurang-kurang 4 jam agar la...

Pengunjung blog