Nasi Mandy Restoran Al Edrus, Kg Ladang.. makanan arab yang enak
Nasi Mandy yang menyelerakan Restoran makanan Arab AL Edrus kini melangkah setapak lagi dengan membuka satu lagi cawangan di Kg Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, berhampiran bulatan Batu Bersurat. Ia adalah cawangan yang ketiga selain cawangan di Gong Badak dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dekorasi restoran yang menarik Di antara hidangan yang terkenal di restoran ini adalah, Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Nasi Haneeth, Nasi madgout, Hummus, Shish Tawooq Chicken dan macam-macam lagi. wardrobe berlatarkan budaya arab Kunjungan blogger ke cawangan Kg Ladang tentunya ingin merasa sekali lagi nasi Mandy dan kali ini blogger memilih Nasi Mandy Ayam bersama Telur yang di masak gaya arab. manakala untuk minuman adalah Honey Dew. Nasi Mandy kini sudah menjadi antara nasi kegemaran blogger sejak merasainya kali pertama di sebuah restoran di makkah ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu. Nasi Mandy sememangnya enak kalau dimakan sahaja. Dengan resepi istimewa, nas...