1 Malaysia Bersih Dan Indah
Sedang membaca Harian Metro bertarikh 19 Julai 2010, terpandang iklan Kementerian Pelancongan Malaysia yang bertajuk 1 Malaysia Bersih Dan Indah bertemakan 'ingatlah pelancongan dan majulah pelancongan'. Menarik juga iklan ini yang sama-sama mengajak kita untuk memantau dan menjadi pro aktif kepada tempat-tempat pelancongan sekitar kita supaya bersih dan terjaga dengan indah. Niat murni dan baik ini patut sama-sama kita dokong dan sokong supaya pelancongan kita terutama Pelancongan Terengganu berkelas dunia. Kata orang ada 'class'. Mulakan gerak kerja kita hari ini. Masih banyak lagi kemudahan awam kita terutama di kawasan-kawasan pelancongan perlu kita perbaiki serta naik taraf agar ianya dapat dimanfaatkan oleh semua. Lihatlah di pantai-pantai, di kawasan air terjun, di kawasan-kawasan tumpuan utama seperti Batu Buruk, Taman Shahbandar, Pasar payang masih banyak lagi kesedaran perlu disebarkan serta dikongsi supaya sikap dan atitud orang-orang kita berubah dan menjadi...