Posts

Showing posts with the label penjawat awam

Penjawat awam terima bonus RM1000 esok

Image
PUTRAJAYA - Berita baik buat 1.6 juta penjawat awam yang bakal menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 esok dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018. Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, perkara tersebut adalah selaras dengan pengumuman dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500 dan bayaran itu akan disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri. Katanya, secara keseluruhan sebanyak tujuh pekeliling perkhidmatan dan satu surat pekeliling perkhidmatan baharu dikeluarkan berkuat kuasa 1 Januari lalu sebagai maklumat dan rujukan penjawat awam pada tahun ini. "Pekeliling itu merupakan makluman dan rujukan mengenai inisiatif dan penambahbaikan yang diumumkan dalam Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu dan antaranya iala...

Gantian Cuti Rehat dibayar tunai kekal 150 hari- Terengganu Times

Image
PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan oleh penjawat awam adalah kekal sebanyak 150 hari dan akan dibayar menerusi ganjaran wang tunai. Menurut kenyataan JPA, penjelasan mengenai bayaran untuk GCR tersebut telah diperjelaskan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bilangan 18 Tahun 2008. Melalui SPP Bilangan 2 Tahun 2017 iaitu mulai 1 Januari 2018, kerajaan telah memutuskan bahawa jika cuti yang dikumpulkan bagi maksud ganjaran wang tunai melebihi 150 hari, maka cuti tersebut boleh dimohon untuk digunakan di tahun persaraan bagi maksud tertentu oleh penjawat awam,” jelas kenyataan itu di sini hari ini. Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang layak menikmatinya ialah pegawai lantikan tetap berpencen dan pegawai yang bersara wajib bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta mempunyai cuti rehat yang boleh dikumpul bagi tujuan GCR sebanyak 150 hari. JPA memaklumkan, bagi GCR yang melebihi 150 hari,...

Pengunjung blog