Posts

Showing posts with the label popular

Burger Tikam 10 inci di Chalok, Setiu, Terengganu

Image
Wow, burger tikam 10 inci di Chalok SETIU - Percubaan sepasang suami isteri menghasilkan menu burger tikam setinggi 10 inci mendapat sambutan luar biasa orang r amai yang ingin mencubanya. Pemilik D'Nora Seafood di Kampung Chalok, Norasilawati Sarina Abdullah, 33, berkata, burger tikam yang dijual dengan harga RM15 satu hidangan yang diisi dengan beberapa kepingan daging serta sosej disusun bertingkat diapit dengan roti bun. Ditambah pula dengan hirisan kecil sayuran, dilimpahi sos cili, tomato, lada hitam, mayonis dan kentang goreng, boleh dinikmati seramai lima orang. Penangan kesedapannya itu juga membuatkan pelanggan luar daerah termasuk dari Kuala Terengganu dan negeri jiran iaitu Kelantan serta pengguna jalan berkenaan tidak melepaskan peluang singgah dan menikmati burger tikam. Laporan MOJO Setiu, Noradila Mahamad. sumber: sinarharian Terengganu #setiupost

Rakyat malaysia ranking kedua dunia mainan 'CANDY CRASH' hebat....

Image
Rupanya rakyat Malaysia antara ranking tertinggi dalam mainan yang amat popular pada satu ketika dahulu iaitu 'CANDY CRASH' atau mainan gula-gula warna warni dengan mainan di tahap 3136. Menduduki tangga kedua dunia dan pertama di Malaysia. Memang hebat. Admin sendiri tersangkut di tangga 460++ dah lebih setahun dan masih tersangkut ... Tak sangka genius game ni pun bukanya budak-budak, tetapi otai dan bapak budak. Anda pula di tangga ke berapa... sumber: siakap keli #setiupost #terengganumyheritage #candycrash

Cendol Mangga @ pauh yang sedap di Restoran Rasa Pedas Kg Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu

Image
Musim panas ni kena cendol memang sedap .Ada satu Kedai makan atau restoran yang menyediakan cendol sedap dan dan menarik, macam-macam ada di sini dari Cendol durian, Cendol mangga @ mempelam @ pauh dan macam-macam lagi.Memang sedap sungguh dengan rasa lemak manis apabila cendol bertemu pauh. Selain itu juga kedai ini turut menjual Nasi Ayam Hainan yang sedap dan juga Nasi Ulam dan lauk-lauk. Sebelah petangnya pula menjual steambot buffet dengan harga RM19 seorang dengan pelbagai pilihan dan nasi dengan budu ditawarkan bersama staembot. Nasi ayam hainan kecur air liur tengok Cendol Mangga Lokasi kedai Restoran Rasa Pedas Sukaramai ini terletak berhadapan dengan Gerai Keropok Sukaramai yang popular di Kg Mengabang Lekar. Jika waktu malam suasana kedai ini meriah dengan lampu yang terang. Banyak destinasi makan yang menarik di Terengganu ini yang bolek kita nikmati bersama keluarga atau teman-teman. @terengganumyheritage post  

Pengunjung blog