Posts

Showing posts with the label pusat semaian wetland

UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah becah @ wetland di Terengganu

perkongsian berita dari TEGANUKITA : 28 December 2011 UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah bencah Oleh; Esah Abdullah Daerah Setiu mempunyai kawasan tanah bencah terluas di Pantai Timur yang dilitupi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. Tanah bencah ini menempatkan pelbagai habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan termasuk vetegasi riparian/sungai, hutan paya gelam, hutan paya laut dan nipah serta kawasan rumpai laut, Kawasan ini juga menyokong populasi liar spesies reptilia terancam seperti tuntung laut, tuntung sungai dan juga penyu agar. Kajian menunjukkan kawasan ini juga didiami 29 spesies mamalia, 161 spesies burung dan 28 spesies reptilian di samping mempunyai kepentingan sebagai tapak kepelbagaian biologi yang disokong kehadiran banyak banyak spesies vertebrata dan invertebrata laut dan air tawar. Menyedari itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (...

Nurseri Bakau Dan Nipah Kg Pengkalan Gelap Setiu

Image
Pusat semaian bakau dan nipah di Kg Pengkalan Gelap, Setiu ini adalah antara satu-satunya tapak semaian seumpamanya di negara ini. Ia adalah hasil kerjasama penduduk kampung bersama Pejabat Daerah Setiu dan Universiti Malaysia Terengganu. Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah sebagai satu cara bagi menyokong pemuliharaan alam sekitar paya becah atau 'wetland' yang kaya dengan khazanah alam. Di antara pokok yang menjadi tunjang kepada ekosistem wetland adalah bakau, nipah serta rhu. Di samping itu ia juga menjadi pusat pembiakan pelbagai spesis unggas, serangga, ikan marin, tuntung dan bermacam-macam lagi hidupan di wetland. Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah langkah terpuji supaya pemuliharaan warisan alam terus terpelihara untuk jangka masa yang panjang. Namun begitu langkah yang proaktif dan berterusan adalah perlu supaya ia berkesinambungan untuk generasi yang akan datang. Kesediaan Universiti Malaysia Terengganu untuk meneruskan kajian di kawasan wetland amat...

Pengunjung blog