Jawapan balas Chef Wan kepada juri Masterchef UK tentang isu Rendang yang hangat,....
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai isu yang sebenarnya tercetus jauh di negara orang, tetapi mendapat reaksi luar biasa daripada masyarakat di sini. Isunya tak lain tak bukan adalah kritikan 'kurang bijak' yang dibuat oleh seorang juri rancangan realiti masakan MasterChef UK, Gregg Wallace terhadap peserta berasal daripada Malaysia, Zaleha Kadir Opin. Dalam episod yang bersiaran pada 25 Mac itu, Zaleha tampil dengan juadah tradisi orang Melayu iaitu Nasi Lemak yang dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam. Namun, Wallace tanpa rasa bersalah telah mengkritik rendang ayam tersebut sebagai tidak rangup pada bahagian kulit selain tidak boleh dimakan. Tindakan Wallace yang disifatkan sebagai tidak sensitif dengan budaya masakan bangsa lain mendapat kritikan teruk daripada netizen hingga memaksa MasterChef UK menyekat akses kepada video episod tersebut yang dimuat naik di akaun YouTube mereka. Namun, berbanding merendah diri memohon maaf, seorang lagi jur...