Posts

Showing posts with the label sate lanang

Semua pengusaha satay Jabi akan disatukan dalam satu jenama

Image
Oleh: Mohammad Ishak Kesemua pengusaha sate di pekan Jabi, Besut akan disatukan di bawah satu jenama dalam usaha untuk mempopularkan Sate Jabi kepada mereka yang datang ke negeri Terengganu secara besar-besaran. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) kesemua pengusaha sate di pekan itu akan bekerjasama memajukan pengeluaran mereka dalam menjadikan perusahaan sate di Jabi sebagai satu lagi tarikan pelancongan di negeri ini. “Untuk itu YPU akan membantu supaya produk sate yang bakal diusahakan secara kumpulan di Jabi itu nanti digemari peminat sate apabila datang ke Terengganu”, katanya selepas merasmikan Program Polis Bersama masyarakat di Kampung Kuala Kubang dekat sini. .Menurutnya, sebelum ini pekan Jabi sudah memang terkenal sebagai pengeluar sate ayam dan sate daging yang terkenal terutamanya kepada penduduk negeri ini termasuk mereka yang melalui pekan Jabi daripada Kuala Terengganu ke ...

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu

Image
Di antara sate yang terbaik di Terengganu adalah Sate Lanang di Jabi, Besut. Sememangnya kedai Sate Lanang ini amat popular bukan sahaja di kalangan warga tempatan malah orang Kelantan dan luar Terengganu. Setiap kali musim cuti sekolah jelas sekali begitu panjang barisan mereka yang membeli bungkus untuk dibawa pulang, malah belian juga dalam kuantiti yang besar dan banyak. Meja pula sentiasa penuh dan terpaksa menunggu untuk giliran kita. Itulah antara penangan Sate Lanang. Bagi blogger kalau nak dibandingkan dengan Sate Haji Samuri Kajang, jauh Sate Lanang lebih sedap dan enak. Kalau anda tak percaya dan yakin , datang sendiri nikmati sate ini. Dengan pilihan sate ayam, daging serta hati dan pedal serta dengan kuah sate yang istimewa membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan menjamu selera serta mengambil hati anak-anak yang sememangnya menggemari sate ini. Lokasinya jika anda dari Kuala Terengganu, adalah di Kg jabi di permulaan jalanraya dua lorong di sebelah kiri anda. S...

Pengunjung blog