Burung Bangau Putih atau White Egret membanjiri Setiu, Terengganu
Burung Bangau Putih atau Bubulcus Ibis dari keluarga Ardeidae kini membanjiri Setiu, Terengganu. Suatu pemadangan yang unik dan mengagumkan. Bangau adalah burung penghijrah yang berasal dari hemisfera utara ketika negara-negara Asia di sana mengalami musim sejuk. Burung ini berhijrah ke Semenanjung Malaysia dari September hingga April (Tweedie, 1960, 1970) setiap tahun. Ketika inilah burung ini kelihatan berbulu putih melepak. Bagaimanapun, sekali-sekala burung ini tinggal terus di negara ini hingga musim panas untuk membiak. Ketika ini, bulunya berubah menjadi jingga di kepala dan dada Dalam fasa putihnya ini, bangau kelihatan hampir serupa dengan burung Pucung Batu (Inggeris: reef egret, nama sains: Egretta sacra ) yang juga berbulu putih tetapi boleh juga terdapat dalam bulu kelabu tua. Bagaimanapun, kedua-dua spesies bangau dan Pucung Batu ini dapat dibezakan menerusi tabiat dan persekitaran fizikalnya iaitu pucung batu suka bersendirian dan mendiami kawasan...