Posts

Showing posts with the label sup power

Sup Ekor 'power' di Restoran De Tunggal, Kg Bukit Tunggal... sedap dan cepat

Image
Sup ekor yang memang sedap dan menyengat Restoran De Tunggal di Kg Bukit Tunggal adalah antara restoran masakan panas yang sememangnya disyorkan terutama bagi mereka yang ingin makan berkeluarga. Banyak faktor yang menyebabkan blogger sentiasa memilih restoran ini sebagai destinasi pilihan. Ianya luas dan mempunyai tempat letak kereta yang banyak. Selain itu ianya juga menyediakan servis yang cepat dan sedap walaupun keadaan restoran yang sentiasa ramai orang. Kerabu Mangga Peria Goreng Telur Kali ini blogger memilih Tom Yam Sup Putih, Sup Ekor, Kerabu Mangga serta Peria Goreng Telur, manakala anak-anak pula memilih Mee Goreng Basah serta Mee Hoon TomYam. Apa yang menarik pertama kali blogger minum Teh Hijau Bersusu.. sedap juga. Mee Goreng Basah Mee Hoon Tomyam Boleh dikatakan dari segi rasa di restoran ini amat memuaskan. Ia terletak selepas jambatan Sultan Mahmud, jika anda dari Kuala Terengganu dan menuju ke Kompleks Stadium Gong Badak, ia terleta...

Sup Herba Tongkat Ali, Ginseng ala Cina di Kg Bukit Bayas, Kuala Terengganu.. memang power

Image
kombinasi pilihan yang mantap... berpeluh Destinasi pilihan blogger untuk makan tengahari walaupun jam dah menunjukkan 6.00 petang adalah restoran yang menyajikan Sup Herba istime iaitu Restoran Hijrah Oasis, Kg Bkt Bayas , Kuala Terengganu. Sup herba yang di adun unik bersama tongkat ali, ginseng serta bermacam herba terpilih, rasa berbeza dan enak dan pasti berpeluh Di antara yang istimewa dan special di sini adalah Sup Daging herba yang di masak bersama tongkat ali, ginseng dan ramuan herba pilihan. Ia dimasak secara masakan Cina. Lagipun tuan punya restoran ini adalah Cina Muslim. Memang berbeza rasa dan teksturnya daripada sup yang biasa kita makan kat warung atau restoran. Blogger juga memilih Sup Herba ini bersama Nasi Goreng Daging Bakar bersama sos lada hitam dan Kopi Arab yang di adun sendiri. Rasa kopi ini juga unik dan enak dan ada rasa habbatussauda' yang memang berkhasiat. Nasi Goreng Daging Bakar dengan sos lada hitam Banyak pilihan juga di sini ...

Pengunjung blog