UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah becah @ wetland di Terengganu
perkongsian berita dari TEGANUKITA : 28 December 2011 UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah bencah Oleh; Esah Abdullah Daerah Setiu mempunyai kawasan tanah bencah terluas di Pantai Timur yang dilitupi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. Tanah bencah ini menempatkan pelbagai habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan termasuk vetegasi riparian/sungai, hutan paya gelam, hutan paya laut dan nipah serta kawasan rumpai laut, Kawasan ini juga menyokong populasi liar spesies reptilia terancam seperti tuntung laut, tuntung sungai dan juga penyu agar. Kajian menunjukkan kawasan ini juga didiami 29 spesies mamalia, 161 spesies burung dan 28 spesies reptilian di samping mempunyai kepentingan sebagai tapak kepelbagaian biologi yang disokong kehadiran banyak banyak spesies vertebrata dan invertebrata laut dan air tawar. Menyedari itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (...