Posts

Showing posts from October, 2011

Nasi Berlauk Kuala Besut... mengancam

Image
Inilah Nasi Berlauk Kedai Pak Su Jak Kuala Besut Kedai Nasi Berlauk Pak Su Jak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut memang terkenal dikalangan warga tempatan sejak dahulu. Kedai ini turut dikunjungi pelbagai bangsa untuk menikmati selera masakan Terengganu Setiap pagi, ia menjadi destinasi tetap untuk mengalas perut terutama para nelayan sebelum turun ke laut mencari rezeki. Kini ia sentiasa mendapat sambutan penduduk di daerah Besut untuk mereka yang gemarkan nasi berlauk. Nasi berlauk di sini dibuat daripada ikan aya atau tongkol dan di makan bersama sambal belacan dan berulam timun batang atau mentimun. Gulai telur juga menjadi pilihan untuk di makan bersama. Adunan dan aroma rempah gulainya membuatkan ia menjadi rebutan dan pilihan untuk sarapan pagi. Selain itu, turut djual di sini adalah nasi kerabu, nasi minyak, pulut panggang dan bermacam-macam lagi pilihan. Apapun yang ,menjadi tarikan istimewa adalah Nasi Berlauk Gulai Ikan Aya. Lokasinya jika anda dari Kg Raja ...

Blog ini tercalon untuk The Asia Pasific Blog Award 2011

Image
Tengok dekat Nuffnang tadi, nampak senarai blog Terengganumyheritage ini telah tercalon untuk anugerah ini. Jauh sekali mengharap apa-apa anugerah cuma mengharapkan usaha dan niat dihargai pun dah cukup.  Welcome to The Asia-Pacific Blog Awards 2011 Two years ago, the best of the best in the blogosphere were celebrated with the inaugural Asia-Pacific Blog Awards, and now, Nuffnang is honoured to be bringing the regional awards ceremony back, this time to Malaysian shores! Come December 2011, 500 bloggers and guests from all over the Asia-Pacific region will once again take to the red carpet, and be treated to a night of fine dining and brilliant entertainment in Kuala Lumpur, the bustling metropolitan capital of Malaysia. Aside from being honoured for their hard work and contribution to the blogosphere, they will also get the opportunity to tour the city and experience the unique Malaysian culture for themselves.

Selepas Piala FA ku dakap, Ingin Ku Peluk Piala Malaysia Pula

Image
Walaupun dah memeluk Piala FA, hati belum puas kalau tak peluk Piala MALAYSIA Kenangan Skuad Penyu Terengganu dan Team SUKMA singgah di daerah Setiu dan bermalam di Agro Resort tetap akan aku ingat sampai bila-bila. Bukan sahaja dapat bergambar, malah dapat aku peluk lagi Piala FA. Tapi rasanya belum puas kiranya belum dapat memeluk Piala Malaysia. Dengan kemenangan 2-0 dalam Separuh Akhir pusingan pertama Piala Malaysia menentang Selangor menjanjikan bekalan yang sedikit selesa untuk bertandang ke Shah Alam dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir. Sekali lagi ku harapkan Skuad Terengganu Sang Penye menjelmakan aksi yang membanggakan rakyat Terengganu untuk membawa Piala Malaysia sekali lagi ke Terengganu. Sesuatu yang membanggakan rakyat Terengganu, Piala FA dan Juara SUKMA Perbualan ringkas bersama Kapten Terengganu, Marzuki Yusof membuahkan harapan dan keyakinan untuk skuad kali ini terus membanggakan rakyat Terengganu. Begitu juga dengan Skuad T Team, sekalipun tewa...

Menikmati Alam di Kg Merbau Menyusut, Setiu, Terengganu

Image
seronok melihat anak-anak gembira mandi sungai yang jernih dan bersih Kunjungan bersama anak-anak diprogram perkhemahan SMK Putera Jaya, Setiu ke Kg Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu iaitu di Pusat Ko Kurikulum PPD Setiu amat menyeronokkan. Tapak perkhemahan yang terletak di tepi sungai yang indah dengan air yang begitu jernih pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Kunjungan sehari suntuk dirasakan begitu singkat. Alam semulajadi di sini memang masih terpelihara dan suasana kehijauan memberi ketenangan minda dan jiwa. Untuk sampai ke sini dari Kuala Terengganu boleh masuk melalui simpang di Kg Batu 29 menuju ke Pelong atau Kg Langkap. Jarak dari simpang kira-kira 10km. Kem ini sebenarnya terletak ditepi jalan bersebelahan SK Kg Merbau Menyusut yang penuh kehijauan dengan suasana alam. Melihat keriangan anak-anak mandi sampai ke petang, ia sesuatu pasti akan diingat dan dikenang sampai bila-bila. Banyak lagi destinasi alam yang menarik di d...

Khasiat Durian Belanda.. hebat rupanya buah ini

Image
Ini artikel yang blogger kongsi daripada rakan facebook berkenaan buah Durian Belanda. Begitu banyak sekali khasiatnya terutama sebagai anti kanser yang power dan berkuasa. Tetapi hasil penyelidikannya seolah-olah disembunyikan kerana kerakusan kuasa dan wang.  Jom kita renung... Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi... sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala d...

Menerima Lawatan Dato' Ketua Pengarah LPP

Image
Awal Oktober 2011 tempohari sibuk juga bersedia untuk lawatan Dato' Arpan Shah Bin Satu untuk lawatan ke Setiu di mana beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Induksi LPP Kuala Lumpur di Agro Resort, Setiu, Terengganu. Beliau juga turut melawat Laguna Agro Resort dan Pusat Asuhan dan Penetasan Akuakultur PPk Setiu di Gong Batu, Setiu. Apa yang menjadi kegemaran beliau apabila berkunjung ke Negeri Terengganu adalah Nasi Dagang dengan berlaukkan ikan aya, ayam kampung dan gulai itik. Cili mesti lebih dalam kuah. Beliau seorang yang 'humble' dan mudah untuk didekati.

Lensa dari agro, resort, setiu, terengganu

Image
Resort bersuasanakan tasik Lensa dari Agro Resort, Setiu. Resort yang dikelilingi alam semulajadi serta kebun buah-buahan, ladang kelapa sawit sememangnya mendamaikan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Suasana bilik di gigi air dengan pemandangan tasik memang indah Dengan bercirikan binaan tradisional, menjanjikan seribu ketenangan di sini damai dan tenang di sini

Trip Tasik Kenyir ke Gua Musang

Image
Kali ini blogger tidak ingin berbicara panjang. Di sini akan di abadikan hasil lensa di Tasik Kenyir memang indah dan memukau pandangan sepanjang melalui laluan Tasik Kenyir- Felda Aring- Gua Musang. Perjalanannya juga menyeronokkan. Apapun dinasihatkan setiap pemandu berhati-hati kerana ada di satu dua tempat jalan yang berlubang merintangi jalan. Pastikan anda memerhatikan tanda amaran dan awas yang di letakkan.

Pengunjung blog