KERAPU HIBRID teknologi terkini industri akuakultur negara oleh FRI Tanjung Demong, Besut, Terengganu
Ikan KERAPU HIBRID yang dipamerkan di Pameran MAHA 2012 baru-baru ini |
Ikan Kerapu Hibrid iaitu hasil kacukan Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttatus) dengan Kerapu Kertang (Epinephelus Ianceolatus) adalah hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan Ikan Marin - FRI Tanjung Demong di Besut, Terengganu.
Ini berikutan permintaan yang tinggi terhadap Kerapu Harimau di pasaran yang mendapat pasaran yang baik terutama pasaran antarabangsa.
Maklumat Berkaitan Kerapu Hibrid |
Penghasilan Kerapu Hibrid ini adalah satu kejayaan yang besar kerana ia mampu mencapai saiz pasaran dalam 1 kg hingg 1.2 kg dalam masa hanya 10 bulan berbanding dengan kerapu harimau yang mengambil masa 16 hingga 18 bulan untuk mencapai saiz pasaran.
Dengan penghasilan spesis hibrid ini juga akan membuka peluang yang luas kepada usahawan dan bakal usahan dalam industri akuakultur terutama untuk pasaran eksport. Malah harga kerapu hibrid ini boleh mencecah RM80.00/kg di pasaran tempatan.
Beraksi untuk pelawat di MAHA 2012 |
Sekalung tahniah kepada FRI Tanjung Demong di atas usaha dan inovasi ini.
Blogger: Kalau kereta hibrid ia mampu menjimatkan penggunaan bahan api dan mesra alam, tetapi untuk kerapu Hibrid hanya penjimatan masa ternak dan keuntungan yang tinggi kepada penternak. Nak menikmatinya kena bayar pada harga yang mahal.. senyum
Comments