iklan nuffnang

Saturday, 16 February 2013

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya

Kemudahan bilik yang selesa

Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort.

Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini.
Chalet dengan suasana kampung

Pintu masuk ke D Kekabu Inn

Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa.

Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' dan sebagainya.
Landskap yang simple dan menarik

Kemudahan asrama yang disediakan

Bagi sesetengah orang yang sukakan kesunyian untuk menulis, membaca atau menyiapkan tugasan, ia adalah tempat yang sesuai bagi mencari idea dan ketenangan dalam berkarya.

Kunjungan blogger baru-baru ini sempat dijamu oleh tuan punya resort yang mesra di panggil Abang Din dengan Nasi Ulam budu berlauk sayur masak lemak serta ikan goreng. Sungguh berselera menjamu santapan lebih-lebih lagi dengan suasana di tepi sungai.

Landskapnya juga ringkas dan menarik dengan pelbagai koleksi pokok hutan serta pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat.
Tak sabar rasanya nak mandi sungai

Di jamu dengan lauk kampung, nasi ulam budu

Blogger juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Abang Din kerana turut sama-sama menyumbang dalam industri pelancongan terutama untuk daerah Setiu dan Terengganu. Sememangnya kita mempunyai pelbagai aset yang boleh diketengahkan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan D Kekabu Inn bolehlah berhubung terus dengan tuanpunya resort ini iaitu ABang Din di talian 0139433901.

cantiknya sungai



Ikan sungai yang ditangkap dan dipamerkan dalam akuarium

5 comments:

aima said...

kalau nak p mandi je, xmboh duk chalet bole?, kami ore wakaf tengah je...

terengganulegend said...

boleh singgah nak mandi sahaja, no problem, dialu alukan, ehh macam tuan dia pulak. Kata tuan dia no problem, kena pakat tolong promote produk terengganu ke luar

aishahghani said...

xpenah tahu plok ada D kekabu ni..aisey--tiap kali blk kg lalu kat Guntung tu ke Kg Bintang tp bleh xtahu. kena buat iklan ni kat Permaisuri atau simpang Guntung tu...besor2 biar nampok...

yaakub ali said...

brpe hrga semalmm chalet?

Omar Omr said...

Bagaimana untuk dihubung???.... No. 013-943 3901 (dipaparkan) tiada dlm perkhidmatan / pertanyaan melalui FB tiada maklum balas.... can no tuu....

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog