Sidang DUN; Rang undang-undang rumah tumpangan dipinda untuk keselesaan rakyat
Oleh; Esah Abdullah Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini telah meluluskan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, yang digunapakai sekarang adalah Rang Undang-undang 1948 yang melibatkan rumah tumpangan. “Kita sekarang berada pada alaf baru dan undang-undang ini dipinda adalah untuk keselesaan keselamatan dan keupayaan kepada pengusaha dan juga kepada penginap rumah tumpangan,” katanya kepada pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Katanya, dalam peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa Menurutnya, ketika ini terlalu banyak perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang meletakkan status rumah mereka kepada homestay sedangkan sebenarnya rumah tumpangan. ...