Sup Ekor 'power' di Restoran De Tunggal, Kg Bukit Tunggal... sedap dan cepat
Sup ekor yang memang sedap dan menyengat Restoran De Tunggal di Kg Bukit Tunggal adalah antara restoran masakan panas yang sememangnya disyorkan terutama bagi mereka yang ingin makan berkeluarga. Banyak faktor yang menyebabkan blogger sentiasa memilih restoran ini sebagai destinasi pilihan. Ianya luas dan mempunyai tempat letak kereta yang banyak. Selain itu ianya juga menyediakan servis yang cepat dan sedap walaupun keadaan restoran yang sentiasa ramai orang. Kerabu Mangga Peria Goreng Telur Kali ini blogger memilih Tom Yam Sup Putih, Sup Ekor, Kerabu Mangga serta Peria Goreng Telur, manakala anak-anak pula memilih Mee Goreng Basah serta Mee Hoon TomYam. Apa yang menarik pertama kali blogger minum Teh Hijau Bersusu.. sedap juga. Mee Goreng Basah Mee Hoon Tomyam Boleh dikatakan dari segi rasa di restoran ini amat memuaskan. Ia terletak selepas jambatan Sultan Mahmud, jika anda dari Kuala Terengganu dan menuju ke Kompleks Stadium Gong Badak, ia terleta...