Asam Pedas Ikan Baung, Kg Tepuh, Kuala Terengganu... menyengat


Hari tu semasa ke Kuala Terengganu di atas urusan pejabat, sempat singgah di Restoran Ikan Baung, Tepoh, Kuala Terengganu. Lama dah teringin nak singgah di sini. Selalu tengok ramai juga orang singgah makan di sini.

Pada kesempatan kali ini ingin sekali nak rasa Asam Pedas Ikan Baung Sungai. Banyak juga lauk pauk di sini. Dan apa yang pasti menu utama adalah Asam Pedas Ikan Baung, ikan kelah pun ada juga selain ikan sungai goreng, masak lemak tempoyak, ulam ulaman dan macam-macam lagi.


Mulut ini ingin sekali merasai kuah Asam Pedas. Dan apa yang pasti ia adalah resepi seperti Asam Pedas di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sedap dan menyengat. Juga turut menjadi santapan tengahari itu adalah ikan Sebarau Sungai Goreng garing beserta sambal belacan.

Rasanya lepas ini kalau teringin nak makan asam pedas Kuala Berang, tak perlu lagi nak pergi Kg Telaga atau simpang tiga Kuala Berang, dekat Restoran Ikan Baung ini sudah boleh mengubat rasa Asam Pedas Ikan Baung.

Pelanggan juga turut dijamu dengan buah duku secara percuma sebagai pencuci mulut.

Sapa-sapa yang ingin cuba, ia terletak sebelum simpang ke Kg Tepuh / Maras di sebelah kiri menghala ke Kuala Terengganu.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog