Posts

Showing posts from December, 2013

Detik senja indah di Seberang Takir, Kuala Terengganu

Image
Suatu hari blogger dan keluarga mengunjungi Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu. Terletak di seberang sungai Terengganu berhadapan dengan Pasar Pasar dan Bukit Puteri sememangnya indah dan menarik terutaa pada waktu senja. Menikati keindahan Kuala Terengganu dari Seberang Takir sememangnya suatu yang amat indah dan tentunya menjadi fokus lensa dan penggemar fotografi. Apapun blogger yang berada disitu pada waktu senja menikmati detik-detik indah senja di Seberang Takir. Amat sukar mengungkap dengan kata-kata keindahan panorama alam ciptaan Allah swt  ini. Detik indah walaupun hanya seketika sebelum mentari ditenggelami kegelapan malam terus melekat dalam memori kita.

Hari Raya Korban 2013.. rakaman detik-detik penyembelihan

Image
Gambar-gambar ini dirakam semasa Hari Raya Aidil Adha 2013 baru-baru ini. Sebenarnya banyak sekali hikmah disebalik amalan berkorban ini, terutama memberi peluang kepada orang yang miskin dan kurang mampu untuk merasai nikmat daging segar dan keenakan daging itu sendiri. Dengan harga pasaran mencecah RM25 hingga RM26 sekilo, tentunya ia agak mahal untuk dimakan secara kerap kecuali musim perayaan. Dengan daging korban yang disedekahkan oleh mereka yang berkorban memberi peluang untuk mereka merasai nikmat makan daging sebagaimana orang kaya. stik daging dengan lada hitam

Pengunjung blog