Posts

Showing posts from August, 2014

Sambutan Riang Ria Aidil Fitri TERENGGANU LIVINIAN meriah..di Kg Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu

Image
Kelab LIVINA TERENGGANU atau dikenali sebagai TERENGGANU LIVINIAN (TL) telah mengadakan Sambutan Riang Ria Aidil Fitri TERENGGANU LIVINIAN pada Jumaat 15 Ogos 2014 di kediaman seorang ahli di Kg Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu. Perjumpaan ini telah menghimpunkan 76 buah jentera Nissan Grand Livina dari seluruh pelusuk Terengganu dengan lebih 200 orang ahli keluarga. Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan logo ID baru bagi ahli TL oleh Saudara Azro Ali daripada 'Region Of Kuala Terengganu (ROKT). Perjumpaan muhibbah raya ini juga turut dimeriahkan dengan acar cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik terdiri daripada cenderahati, aksesori kereta, hamper serta penginapan 2 hari 1 malam di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Turut dilancarkan adalah kutipan untuk Gaza Palestin yanga akan disalurkan melalui Aqsa Sharif bagi membantu saudara kita yang memerlukan di sana. Program ini bermula dengan ahli-ahli TL daripada Region Of Kuala T

Mee Bawah Jambatan Bandar Jerteh... memang 'legend'

Image
Mee Pak Jusoh atau Mee Bawah Jambatan di Bandar Jerteh adalah Mee tradisi bagi orang Jerteh. Memang sedap dan membuatkan kita sentiasa teringat keenakan kuah mee yang diperisakan dengan air daging ini. Walaupun keadaannya kedainya ringkas dan kadang-kadang airnya hanya ais kosong atau teh 'o' ais sahaja disediakan. Namun ia tetap menjadi tumpuan pengunjung setia mee yang mungkin telah dinikmati oleh sesetengah pelanggan sejak zaman kanak-kanak lagi. Cara membuatnya adalah ringkas dengan menggunakan airrebusan  daging bersama sayuran sawi dan kobis segar serta sedikit cili padi. Tetapi ia memberi rasa yang cukup enak. Memang berpeluh ... Pengunjung sentiasa bersilih ganti daripada pelbagai golongan pelanggan. Malah ramai juga warga Jerteh yang tinggal diluar pasti berkunjung semula apabila pulang ke kampung. Penangan Mee Bawah Jambatan Jerteh memang hebat. Apakah ia boleh bertahan lagi untuk beberapa dekad?.. di harap ianya dapat diwarisi oleh generasi baru kelua

Pengunjung blog