Cabaran 'Flying Fox' di Peladang Setiu Agro Resort... mencabar bohh...



Cabaran Flying Fox di Peladang Setiu Agro Resort tentunya memberi anda satu pengalaman yang berbeza. Perasaan gementar bercampur baur dengan perasaan ingin mencuba saat untuk dilepaskan oleh jurulatih.


Dengan ketinggian hampir 70 kaki tinggi dengan jarak hampir 100 meter tentunya memberi anda cabaran dalam menerobos sempadan keyakinan diri. Dengan pandangan yang memukau dari menara ia tentunya menyeronokkan.


Harga pakej untuk aktiviti Flying Fox ini adalah RM12.00 seorang dengan minima 30 orang. Jika lebih ramai tentu lebih menjimatkan. Walau bagaimanapun, jika anda datang dengan kumpulan yang lebih kecil, kadar yang dikenakan adalah RM250.00 bagi 10 hingga 20 orang.



Selain itu, aktiviti lain juga disediakan seperti Abseilling, Water Rafting, Water Confident, Agro Explorace, Kayak dan macam-macam lagi.
Hubungi Peladang Setiu Agro Resort di talian 096920039 atau 6920059 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Pengunjung blog