Posts

Showing posts from January, 2015

NASIK NGAN KUAH SINGGANG-NAQUIB MOHAMAD

Image
Lagu bertajuk 'KUAH SINGGANG' yang menceritakan hidup rakyat Terengganu dengan makanan tradisi Ikan Singgang yang menjadiigauan setiap kali balik kampung. Lagu-lagu yang ditampilkan oleh saudara Naquib Mohamad memang sempoi dan selamba dan memang menghiburkan.

Lagu Kuih Tradisional atau Kuih Dong Deng Dong Deng oleh Saudara Naquib Mohamad

Image
Lagu Kuih Tradisional Terengganu atau 'Kuih Dong Deng Dong Deng oleh Saudara Naquib Mohamad mula mencetuskan fenomena terutama kepada anak-anak kecil untuk menyanyikan lagu dalam loghat Terengganu yang menarik serta mempunyai unsur-unsur humor. Dengan gaya yang selamba bersama ukulele , lagu ini dinyanyikan dengan enjoy sekali.

Lagu Kuih Muih Tradisional Terengganu - Versi Ukelele

Image
Lagu anak Terengganu yang sempoi dan memang sedap dan boleh menjadi ikon Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Image
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

Image
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan. “”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan p...

Terengganu Bakal Perkenal T-Food Tawar Harga Berpatutan

Image
Terengganu akan mewujudkan medan selera baharu, T-Food  di Tanjung, Kuala Terengganu dengan mengenakan harga terkawal  dalam usaha menggalakkan lebih ramai pengunjung dan mengubah persepsi  buruk orang ramai mengenai  kedai makan di negeri ini yang mengenakan harga mahal. Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata  pembinaan kemudahan itu juga dapat mengembalikan semula tarikan ramai pengunjung di medan selera sedia ada dengan menggunakan konsep `cara lama, dimensi baru. “Kemudahan baharu itu akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana akan dilengkapi penghawa dingin serta tukang sapu dengan konsep yang lebih santai, moden dan bersih. “Semua makanan Terengganu seperti keropok, satar,  kuih akok dan apa sahaja akan ditempatkan di medan selera baharu itu. Peniaga berkenaan akan kita pilih dan menerima insentif daripada kerajaan negeri supaya harga yang ditawarkan nanti berpatutan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Per...

Pengunjung blog