Posts

Showing posts from May, 2015

KT Walk Tarik 10,000 Pengunjung

Image
Sambutan pengunjung terhadap Pasar Malam KT Walk, Kuala Terengganu yang dibuka setiap Jumaat tiga minggu lalu, cukup menggalakkan melebihi 10,000 pengunjung dalam tempoh itu. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata situasi itu mendorong orang ramai terutama peniaga kecil-kecilan untuk turut sama berniaga dan kini meningkat hampir 200 permohonan tambahan. Katanya, bagaimanapun pihaknya masih mengekalkan 100 peniaga KT Walk sedia ada dan bermungkinan akan menambah bilangan gerai serta memanjangkan lokasi dalam tempoh terdekat. “Perancangan awal, sememangnya mahu membuka pasar malam itu bermula jalan berdekatan Hotel Seri Malaysia sehingga Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. “MBKT akan memilih mana-mana individu yang benar-benar serius untuk berniaga, selain mengutamakan peniaga nasi dagang, keropok lekor dan kuih tradisional ,” katanya kepada teganukita. #@teganukita

Kios Adeq Sue Buka Peluang Kepada Usahawan Muda

Image
Syarikat milik penuh bumiputera, Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. (Adeq Sue) yang terlibat dalam industri berasaskan makanan bakal membuka peluang kepada usahawan-usahawan muda untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan kios Adeq Sue dijadualkan beroperasi Jun ini. Pengarahnya, Hairuddin Omar berkata, untuk memulakan perniagaan kios ini para usahawan muda hanya perlu menyediakan modal anggaran dalam RM8 ribu hingga RM10 ribu. “Mereka hanya perlu menyediakan modal dan semua keperluan serta kelengkapan diuruskan pihak syarikat dimana kios yang berkonsepkan seperti gerai burger dengan menggunakan jenama Adeq Sue akan menjual nasi bersama masakan ikan bakar dan lain-lain. “Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang akan memudahkan usahawan muda ini untuk mendapat bantuan modal,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jejak Usahawan anjuran Yayasan Pemb...

Pengunjung blog