Posts

Showing posts from September, 2015

PESONA TERENGGANU 2015 di Dataran Merdeka dan TERENGGANU KITCHEN di Dataran DBKL, Jom Kita SERBU... macam-macam ada

Image
Kerajaan Negeri Terengganu melalui TTB atau Transformasi Terengganu Baru akan menganjurkan PESONA TERENGGANU 2015 secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 29 hingga 31 Oktober 2015. Dan TERENGGANU KITCHEN pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 di Dataran DBKL. Ia adalah satu usaha transformasi kerajaan negeri dalam mempromosikan pembangunan sosio ekonomi melalui sektor pelancongan. PESONA TERENGGANU 2015 akan memperkenalkan Terengganu melalui 'Consumer Show' dan 'Trade Show' bagi memperkenalkan lagi Negeri Terengganu secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Bagi acara ' Consumer Show' ia akan melibatkan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk Terengganu serta produk IKS usahawan Terengganu. Bagi 'Trade Show' pula, ia memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat serta penglibatan semua sektor penting di Terengganu seperti ekonomi dan pelaburan, IKS dan Usahawan, pelancongan, pendidikan dan sains, TTB- T...

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Terengganu- Pengalaman Hussein Rider

Image
Percutian Bajet ke Pulau Perhentian – PART 1 Part 2 (“Macam mana, best tak naik atas sana?”) (“dah korang ada kira tak berapa anak tangga yang korang naik ni?”) (“Tak kira langsung pak cik eh”) (“dulu pak cik naik jugak sampai atas sana. Tapi time muda-muda dulu la.. time tenaga kuat lagi. Sekarang tak larat dah. Dulu pak cik kira anak tangga ade lebih kurang 900 lebih”) Kos, perbelanjaan dan itinerari Hari pertama: Bertolak dengan sebuah kereta jam 10 pagi menuju ke jeti Pulau Perhentian di Kuala Besut. Bayar minyak kereta = RM10 seorang Caj bekalan makanan & minuman seorang = RM10 seorang. Sampai di jeti pada tengahari dan terus cari tempat parking kereta. Ada tempat parking yang caj RM10 sehari & RM7 sehari. Husein mestilah ambik yang murah, RM7 sehari sebab holiday cara backpack kan. Hehe….RM7 sehari x 3 hari = 21. 21 / 4 orang = RM5.25 seorang. (RM5 je. Kitorang tak kira mana sangat) Angkat barang dari kereta ke jeti. Jalan kaki je sebab dekat je pun. ...

Pendaki Ini Berkongsi Pengalaman Ke Sungai Bangan Di Terengganu Yang Jernih Dan Cantik

Image
Hobi Murshid yang meminati fotografi, berkhemah, hiking, aktiviti outdoors dan sukan lasak merupakan penyebab beliau keluar setiap hujung minggu dan telah mendaki beberapa gunung dan bukit yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Buat penggemar hiking, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda ke Sungai Bangan yang jernih dan bersih ini. Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir (singkatannya CBL) sangat terkenal dikalangan pendaki. CBL terletak di Terengganu. Namun tak ramai dikalangan orang awam yang tahu dan mampu untuk sampai ke sana disebabkan oleh pendakian yang mengambil masa hampir sehari (bergantung pada stamina) untuk sampai ke Air terjun Langsir ( campsite ). Biasanya  hikers  akan ke sana selama 3 hari 2 malam. Saya bersama rakan daripada Sunrise Xventure seramai 35 orang bertolak dari KL pada khamis malam pada jam 11pm,  dan tiba di air terjun Chemerong, Dungun pada jam 6 pagi. Kami solat subuh dan sarapan di...

Burung Bangau Putih atau White Egret membanjiri Setiu, Terengganu

Image
Burung Bangau Putih atau Bubulcus Ibis dari keluarga Ardeidae kini membanjiri Setiu, Terengganu. Suatu pemadangan yang unik dan mengagumkan. Bangau adalah burung penghijrah yang berasal dari hemisfera utara ketika negara-negara Asia di sana mengalami musim sejuk. Burung ini berhijrah ke Semenanjung Malaysia dari September hingga April (Tweedie, 1960, 1970) setiap tahun. Ketika inilah burung ini kelihatan berbulu putih melepak. Bagaimanapun, sekali-sekala burung ini tinggal terus di negara ini hingga musim panas untuk membiak. Ketika ini, bulunya berubah menjadi jingga di kepala dan dada Dalam fasa putihnya ini, bangau kelihatan hampir serupa dengan burung Pucung Batu (Inggeris: reef egret, nama sains: Egretta sacra ) yang juga berbulu putih tetapi boleh juga terdapat dalam bulu kelabu tua. Bagaimanapun, kedua-dua spesies bangau dan Pucung Batu ini dapat dibezakan menerusi tabiat dan persekitaran fizikalnya iaitu pucung batu suka bersendirian dan mendiami kawasan...

Islamic Tourism or Halal Tourism.. big potential in business

Image
Shariah products and services are an integral part of global economy and are poised to grow with the rise in population. The rapid growth in Islamic population has had a radical impact on the global economy. According to PwC, the global Islamic population has expanded more than 50 per cent over the last two decades. New Islamic products and services (referred to as those compliant with Shariah principles) have become an integral part of the global economic growth engine. Islamic finance is one of the major Islamic services we are conversant with today. According to PwC, global Islamic financial assets are expected to grow to $2.6 trillion in 2017 from $1.2 trillion in 2012. The growth in these Shariah-compliant financial products, which include Islamic banking products, Islamic funds, sukuk, takaful, among others, has been supported by the expanding Muslim population and a wider acceptance of these products globally. Apart from financial services, Islamic products have forayed ...

Pengunjung blog