iklan nuffnang

Monday, 28 September 2015

PESONA TERENGGANU 2015 di Dataran Merdeka dan TERENGGANU KITCHEN di Dataran DBKL, Jom Kita SERBU... macam-macam ada



Kerajaan Negeri Terengganu melalui TTB atau Transformasi Terengganu Baru akan menganjurkan PESONA TERENGGANU 2015 secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 29 hingga 31 Oktober 2015. Dan TERENGGANU KITCHEN pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 di Dataran DBKL.

Ia adalah satu usaha transformasi kerajaan negeri dalam mempromosikan pembangunan sosio ekonomi melalui sektor pelancongan.

PESONA TERENGGANU 2015 akan memperkenalkan Terengganu melalui 'Consumer Show' dan 'Trade Show' bagi memperkenalkan lagi Negeri Terengganu secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Bagi acara ' Consumer Show' ia akan melibatkan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk Terengganu serta produk IKS usahawan Terengganu.

Bagi 'Trade Show' pula, ia memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat serta penglibatan semua sektor penting di Terengganu seperti ekonomi dan pelaburan, IKS dan Usahawan, pelancongan, pendidikan dan sains, TTB- Transformasi Terengganu Baharu, Kebudayaan dan kesenian, sumber manusia dan sukan dan pelancongan.

Bagi sektor pelancongan, PESONA TERENGGANU 2015 akan mempamerkan keunikan produk pelancongan kesemua lapan daerah di Terengganu dari Kemaman hingga ke Besut. Pelbagai keunikan produk samada destinasi, makanan, sejarah mahupun alam semulajadi akan menjadi elemen penting dalam menonjolkan Terengganu sebagai 'MUST VISIT DESTINATION' di Malaysia.

Orang ramai termasuk rakyat Terengganu di perantauan serta mereka yang ingin mendapatkan maklumat atau merasai keenakan makanan Terengganu seperti keropok lekor, kuih muih tradisinal atau nasi dagang dijemput hadir ke PESONA TERENGGANU 2015.

Banyak lagi aktiviti sampingan yang menarik akan ditampilkan bagi memeriahkan sambutan ini untuk anda.

Pastikan tarikh 29 Oktober sehingga 2 November tercatat di diari anda untu PESONA TERENGGANU di Dataran Merdeka dan TERENGGANU KITCHEN di Dataran DBKL

1 comment:

Anonymous said...

terengganu kitchen hari ni sampai pukul berapa ye

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog