Posts

Showing posts from December, 2015

Pengalaman tidur di THE CAPSULE KLIA 2...

Image
Pengalaman menginap di The Capsule KLIA2 tentunya satu pengalaman yang menarik dengan mencuba satu perkara baru dalam hidup. Tidur dalam kotak dengan suasana yang terhad sekadar untuk melelapkan mata sementara menunggu jadual penerbangan awal pagi keesokannya. Ia lengkap berhawa dingin, dengan kemudahan telefon serta plug elektrik untuk mengecas telefon atau laptop. Cukup selesa untuk melelapkan mata walaupun ia sekadar tidur di dalam kotak kabin. Kemudahan bilik airnya juga selesa dan bersih dengan mandian panas sebagaimana bilik mandi di hotel. Kadar harga yang dikenakan adalah RM50.00 bagi 4 jam, RM75.00 bagi 6 jam dan RM90.00 bagi sepuluh jam. Terpulang kepada keperluan tidur anda. Tak usah bimbang bahagian lelaki dan wanita di asingkan dengan peranti kunci keselamatan di setiap pintu. Ini bermakna mereka yang tidak berkenaan dan tidak mempunyai kunci tidak akan dapat akses masuk sesuka hati ke kawasan kabin. Juga ruang rehat dan membaca yang sele...

Putu Mayam Cicah Nyiur dan Gula merah di My Mom Nasi Lemak, Gong Badak

Image
NASI LEMAK MYMOM , Jalan lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu menyediakan pelbagai jenis sambal untuk nasi lemak yang enak dan sedap. Macam-macam sambal ada dari sambal bilis, kerang, ikan, telur tumis, paru, rendang dan macam-macam. Ia juga sentiasa menjadi tumpuan untuk penduduk sekitar bersarapan di sini. Ada satu kuih yang unik dan menarik untuk buat sarapan iaitu PUTU MAYAM CICAH NYIUR DAN GULA MERAH + GULA MELAKA memang unik dan sedap. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud jika anda dari Gong Badak/Batu Rakit. Berbaloi bersarapan di sini. #dekatje #terengganumyheritage

Nasi Kabuli Warisan Masakan Istana Terengganu

Image
Nasi kebuli Terengganu dikatakan antara resepi dan masakan daripada dapur istana Terengganu. Memang nampak lain dan menarik. Nasinya bercampur dengan telur dan dimakan bersama gulai daging ala darat dan bersama acar. Admin sendiri merasainya semasa menghadiri Majlis Hari Raya Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu. Nasi ini dengan rupa bentuk begini tak pernah jumpa di pasar malam mahupun pasar Ramadhan. Apapun ianya memang nampak sebagai menu warisan yang unik dan menarik yang boleh diketengahkan. Ia juga agak berbeza dengan nasi Kabuli Pahang yang dikatakan berasal dari Kuala Lipis dan menjadi masakan Istana Pahang. Kemungkinan ia mempunyai persamaan dengan cara masakan berlainan mungkin ada di mana istana Terengganu sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan istana Pahang melalui Tengku Ampuan Besar Terengganu. ruj: www.kujie2.com #dekatje #pesonaterengganu

Pengunjung blog