Pengalaman tidur di THE CAPSULE KLIA 2...



Pengalaman menginap di The Capsule KLIA2 tentunya satu pengalaman yang menarik dengan mencuba satu perkara baru dalam hidup.

Tidur dalam kotak dengan suasana yang terhad sekadar untuk melelapkan mata sementara menunggu jadual penerbangan awal pagi keesokannya.




Ia lengkap berhawa dingin, dengan kemudahan telefon serta plug elektrik untuk mengecas telefon atau laptop. Cukup selesa untuk melelapkan mata walaupun ia sekadar tidur di dalam kotak kabin.

Kemudahan bilik airnya juga selesa dan bersih dengan mandian panas sebagaimana bilik mandi di hotel.

Kadar harga yang dikenakan adalah RM50.00 bagi 4 jam, RM75.00 bagi 6 jam dan RM90.00 bagi sepuluh jam. Terpulang kepada keperluan tidur anda.

Tak usah bimbang bahagian lelaki dan wanita di asingkan dengan peranti kunci keselamatan di setiap pintu. Ini bermakna mereka yang tidak berkenaan dan tidak mempunyai kunci tidak akan dapat akses masuk sesuka hati ke kawasan kabin.

Juga ruang rehat dan membaca yang selesa dan unik dengan suasana yang santai. Memang kreatif.

Anda juga diberi kemudahan tuala, selipar dan 'locker' untuk anda menyimpan bagasi dan barangan anda.

Lokasinya terletak di aras paling bawah berhampiran dengan tempat menunggu bas dan teksi. Tidak jauh dari restoran mamak dan kedai serbaneka.

Ia memberi alternatif untuk anda merebahkan badan untuk berehat dan melelapkan mata dalam perjalanan anda.





Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog