Posts

Showing posts from September, 2016

Percutian ala karavan C.A.M pertama di Malaysia

Image
Karavan @ Caravan C.A.M iaitu pertama di Malaysia memang menarik untuk percutian berkenderaan bersama keluarga. Sememangnya ia menjanjikan kelainan dalam percutian anda.     Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik air, tempat tidur yang selesa, dapur untuk memasak, malah berhawa dingin serta dilengkapi dengan kemudahan audio visual tentunya menjajnjikan percutian keluarga anda lebih bermakna dan seronok.   Sememangnya percutian sebegini sudah lama popular diluar negara samada di New Zealand, Australia mehupun di Amerika Syarikat ataupun Eropah.   Model ini baru pertama kali mendapat kelulusan JPJ di Malaysia. Ianya luas dan selesa untuk seisi keluarga 4 atau 5 orang yang juga turut dilengkapi dengan generator kecil. Maklumat lanjut mengenai kenderaan ini samada spesifikasi enjin mahupun keupayaan jenteranya bolehlah melayari http://sendokgroup.com/product/plutus-caravan Harganya pula didatangkan dengan harga Rm207,000, murah ...

Pulau Perhentian- Pelancongan Bertaraf Dunia di Terengganu

Image
Kenangan semasa urusan tugas mengklasifikasikan resort atau 'rating' di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu satu pengalaman yang amat sukar dilupakan. Daripada suasana jeti, hinggakan suasana resortr-resort di sana dan yang paling mengujakan apabila sampai di pantai pulau yang putih bersih, bagaikan terlupa diri bahawa ini adalah Pulau Perhentian di Terengganu. Memang cantik dan memang indah malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Dengan kejernihan air lautnya serta keindahan dunia bawah laut samada menyelam atau pun ber'snokelling' pastinya memberi satu pengalaman yang luar biasa. Bilik penginapan di Perhentian Island Resort Saya menginap di Perhentian Island Resort, resort bertaraf tiga bintang yang mempunyai kemudahan lengkap dan pantai yang amat cantik, malah batu karang di hadapan resort pun sudah mengujakan. Tips semasa snorkelling, bawalah roti atau makanan kering lebih sedikit, pastinya anda akan dibelai oleh ikan-ikan yan...

PERTANDINGAN PLAYSTATION FIFA E-SPORT 2016 TERENGGANU

Image
Lama betul admin terpaksa menepikan diri dek kesibukan tugas seharian. Insyalah selepas ini akan ada artikel atau entr secara lebih terancang untuk perkongsian maklumat bersama anda semua. Kali ini berkaitan hebahan dalam Group Kuala Terengganu Residen atau KUTERER berhubung PERTANDINGAN PLAYSTATION FIFA    E-SPORT 2016 Pusat Pembangunan Modal Insan GPMS Negeri Terengganu (PPMI) akan menganjurkan Pertandingan Sukan Elektronik (e-Sport) FIFA 2016... Jom pakat tunjuk bakat kiter masuk tanding lawan bola Playstation4 FIFA 2016:- Tarikh : 1 Oktober 2016 (sabtu) Masa: bermula jam 10.00 pagi Tempat: PPMI GPMSNT Yuran penyertaan muroh jeboh RM15 jerk.. makan minum pulok disediakan... Hadioh tempat pertama RM300 tempat kedua RM200 Tempat ketiga RM100 rugi dok joing boohhh !!! Untuk penyertaang dang maklumak lanjuk awok itter bulih wassap @ telipong 012-7741474 (sdr kymie) Derahhhh... ada 32 slot jerk booohh... dang penuh ambe dok leh nok tulong doh... daftar s...

Pengunjung blog