Pulau Perhentian- Pelancongan Bertaraf Dunia di Terengganu

Kenangan semasa urusan tugas mengklasifikasikan resort atau 'rating' di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu satu pengalaman yang amat sukar dilupakan.

Daripada suasana jeti, hinggakan suasana resortr-resort di sana dan yang paling mengujakan apabila sampai di pantai pulau yang putih bersih, bagaikan terlupa diri bahawa ini adalah Pulau Perhentian di Terengganu.


Memang cantik dan memang indah malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Dengan kejernihan air lautnya serta keindahan dunia bawah laut samada menyelam atau pun ber'snokelling' pastinya memberi satu pengalaman yang luar biasa.

Bilik penginapan di Perhentian Island Resort

Saya menginap di Perhentian Island Resort, resort bertaraf tiga bintang yang mempunyai kemudahan lengkap dan pantai yang amat cantik, malah batu karang di hadapan resort pun sudah mengujakan.

Tips semasa snorkelling, bawalah roti atau makanan kering lebih sedikit, pastinya anda akan dibelai oleh ikan-ikan yang cantik dan manja semasa ber'snokelling'.

 

Pada waktu malam pula, anda boleh menaiki teksi bot untuk ke Pantai Pasir Panjang atau 'Long Beach' bagi merasai kemeriahan malam dengan pertunjukan main api dan menikmati minuman dan makanan di sini.

 

Tengoklah gambar-gambar yang hanya di ambil dengan kamera telefon sahaja pun sudah cantik. Sememangnya Pulau Perhentian mempunyai tarikan bertaraf dunia dan industri pelancongan di sini bernilai bilion Ringgit.

Diharap lebih ramai usahawan Terengganu yang membuka mata dan meneroka peluang bisnes di Pulau Perhentian ini.

#beautifulterengganu
#visitterengganu2017
#dekatje
#thisisterengganu

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog