Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu , pengalaman percutian yang menyeronokkan....
Lobi Resort World Kijal yang mengagumkan |
Kesempatan cuti menjelang Krismas 2016, ambil peluang untuk bawa anak-anak bercuti. Banyak sempenanya iaitu harijadi anak yang ke 4, hadiah anak sulung PT3 11A dan juga habisnya Program Hafazan Cuti sekolah hampir sebulan.
Pening juga memilih lokasi cadangan, tak nak jauh sangat. Fikir punya fikir kami pilih Resort World Kijal yang dulunya dikenali sebagai Awana Kijal, di Kijal Kemaman. Memilih bercuti dalam Terengganu juga sempena meraikan Visit Beautiful Terengganu 2017 bahawa Terengganu sememang mempunyai destinasi percutian yang hebat dan menawan.
Jacuzzi satu keluarga .. seronok |
Sampai sahaja di lobi RW Kijal kami bagaikan disambut untuk bercuti. Layanan daripada staf RW Kijal memang menawan. Anak-anak dah nampak seronok dan tak sabar-sabar untuk ke kolam renang.
pemandangan kolam dari bilik kami yang mengadap laut |
Dari bilik jelas nampak suasana kolam renang yang meriah. Apalagi kami pun melepaskan penat dan lelah kerja dan tekanan di kolam renang.
Seronok tengok anak-anak gembira dan puas mandi kolam.
Pelbagai kemudahan terdapat di RW Kijal ini termasuk kemudahan padang golf, spa, kopitiam Hainan, Fitness Center, Restoran Kampung Meraga Beris, Giant Chess, sea sports activities, aktiviti rekreasi, demo melukis batik Noorarfa Batik dan macam-macam lagi.
Hainan Kopitiam |
Walaupun cuaca yang sedikit hujan namun tidak menggugat kegembiraan kami bercuti di RW Kijal.
Di samping itu juga pelbagai info dan sudut menarik terdapat di lobo RW Kijal yang amat gah dan menarik antaranya sudut Penyu Bertelur, Congkak Gergasi serta rebana ubi dan gedut yang menampilkan elemen tradisional Terengganu.
Ooh begini rupanya anak penyu menetas.. |
Congkak gergasi |
Ini baru hari pertama. Cadangan asal hanya semalaman, nampaknya terpaksa dilanjut 1 malam lagi. Janji yang dirai puashati dan seronok sebelum sesi persekolahan 2017 bermula.
*Terima kasih Madam Ter Juliana- GM RW Kijal, Kat@ Khatijah- Front Office dan staf yang lain atas layanan yang 'excellence hospitality'
#visitbeautifulterengganu2017
#terengganumyheritage
Comments