Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap
Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar.
Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng...

Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi.

Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional.

Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung.
Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah....

Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari Jumaat dan Sabtu -- holiday .

Blogger selalu membawa rakan dan kenalan dari luar Setiu untuk bersarapan di sini dan memang ia digemari malah ada yang membungkusnya untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Jika anda sampai di Setiu, jom singgah untuk mencubanya.

Comments

Unknown said…
pernah makan gulai ayam masakan org terengganu.. memang lain plus sedap.. bole dikatakan setiap hari makan di sana lain sgt dengan johor.. pagi2 makan nasi minyak?? awww!! pelik.. hehee.. but nice n enjoy.. terengganu percutian yg best!! :D
Anonymous said…
Ganu memang best...Tak sabar nak blk kg...hhuuuhuu...
Kak Eiza said…
sy selalu jg buat nasi minyak berlauk gulai ayam kampung dan sambal belacan. tgk kedai ni pun cam pernah nampak jer otw nak balik Besut rumah mak mertua.. nanti nak cuba singgah le.. tq for sharing.. ;)
Setiuku Admin said…
Yang Suka makan pun jangan makan hari hari walaupun best... banyak makan makanan bersantan ni nanti kena darah tinggi susah..
yup apa-apapun setiap apa kita makan berpada-pada, tapi kalau makan sini biasa 2 pinggan.. nak wat guane kalau dah sedap, tewas pada gulainya... huhu

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog