Posts

Showing posts from April, 2017

Kambing Bakar Guangzhou.. dah sampai Terengganu.. sedap bau kambing!!!

Image
Sempat juga singgah untuk merasa  keenakan Kambing Bakar Guangzhou di simpang tiga Tok Jembal berhadapan dengan Nasi Kukus Sempoi Alias. Di buka pada waktu petang dan memang santai makan di sini. Menunya simple sahaja sebagaimana menu yang tertera dengan set yang ada. Airnya pun tak banyak soal dan tak payah fikir panjang panjang. Apa yang pasti keenakan kambingnya memang memikat dan sedap. Walaupun sekadar berniaga dipinggiran tapi telah mencetuskan fenomena untuk orang ramai terus datang untuk menikmati kambing bakar ini. Tahniah pada tuan kedai atas usaha yang bersungguh dan memeriahkan dunia makanan Terengganu. #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN TAHUN 2017 pada 13 Mei 2017 di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
ASSALAMUALAIKUM, SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA Untuk makluman semua terutamanya yang berada di Besut, Terengganu, MOTAC Terengganu dan Ibupejabat dengan kerj asama PDRM dan KPDNKK akan menganjurkan satu program sepertimana ketetapan berikut:- Program : KEMPEN KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN HAK KEPENGGUNAAN TAHUN 2017 Tempat : DEWAN GONG KEMUNTONG, JERTEH, BESUT, TERENGGANU Tarikh & Masa : 13 MEI 2017 (SABTU) / 8.00pg - 2.00 ptg OBJEKTIF : Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat umum berhubung risiko PENIPUAN pakej umrah yang didapati semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Pengisian kempen ini sangat menarik dengan kehadiran panel penceramah yang terdiri daripada TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA (TTPM),  PDRM (BHGN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL BUKIT AMAN) DAN  IBUPEJABAT BHGN PELESENAN PELANCONGAN MOTAC PUTRAJAYA Para peserta boleh mengambil peluang di sini untuk mengemukakan apa2 persoalan atau kemusykilan kepada semua panel y...

Mee Ayuthaya di Kuala Besut, Besut, Terengganu...

Image
Mee ayuthaya Dengan ayam dan tulang rusuk Ada kelainan rasa RM1 atau RM4 atau special RM7 Lokasi hadapan BSN Kuala Besut, besut, Terengganu Kali pertama rasa #visitbeautifulterengganu2 017 #setiupost #terengganumyheritage #foodtourism

Tanding Ngail Agro Resort, Setiu, Terengganu pada 6 Mei 2017, Sabtu, RM1,000 jadi taruhan untuk Juara

Image
Tanding Ngail siri 3/2017 akan di adakan pada 6 Mei 2017, Sabtu di Peladang Setiu Agro Resort , Setiu, Terengganu pada jam 3.00 hingga 6.00 petang. Pertandingan kali ini menawarkan RM1,000 sebagai hadiah pertama dengan yuran sebanyak RM20.00 untuk satu joran dengan 2 mata seorang. Pelbagai jenis ikan ditawarkan untuk dipertandinga kan seperti keli, bawal pacu, patin, lampan dan bermacam-macam lagi. Jom kita ramai-ramai ke Agro Resort sambil bawa anak-anak untuk berkelah atau mandi kolam serta menikmati pemandangan suasana resort yang damai dan tenteram. Maklumat lanjut boleh hubungi 0199192240 #terengganumyheritagepost #vivitbeautifulterengganu2017

Karnival Memancing Perpaduan, RM15,000 menanti Juara di Kg Kubu, Marang, Terengganu

Image
#PUSINGAN KE-2 (MEGA 5 PUSINGAN 3 BIJI KERETA) BOLL SAHAJA.............!!!!!!! !! KARNIVAL MEMANCING PERPADUAN. KOLAM WAHEE NGAIL,KG KUBU PENGKALAN BERANGAN MARANG TERENGGANU. ANJURAN : KRT/SRS PENGKALAN BERANGAN TARIKH : 31/03/2017- selesai > 14/04/2107 ( JUMAAT ) 28/04/2017 12/05/2017 26/05/2017 MASA : 03.30 PETANG - 06.30 PETANG JUARA : RM 15,000.00 HADIAH IKAN ISTIMEWA RM700 MENANTI PARA PEMANCING. *hadiah JUARA BERUBAH SETIAP PUSINGAN.(akan dibagitau masa pertandingan) #kategori patin dan ikan tkecil pun ada.. #jika cuaca tidak mgizinkan kita tpaksa batalkan ptandingan/ sehari sebelum ptandingan.(msj/fb) @FB Kolam Wahee Ngail

Treasure Hunt, Kelantan Heritage Trail pada 16 September 2017, lebih RM10,000 hadiah ditawarkan

Image
Mencari Harta Karun atau 'Treasure Hunt' Kelantan Heritage Trail akan di adakan pada 16 September 2017. Hadiah yang ditawarkan juga menarik iaitu Hadiah Pertama RM3,000 beserta Goodies, kedua RM2,000 beserta goodies dan ketiga RM1,000 beserta goodies dan saguhati lain.  Sambil menjelajah Kelantan dan mengenali dengan lebih dekat dan berpeluang memenangi hadiah , tentunya menarik dan menyeronokkan. Maklumat lanjut berhubung dengan pihak urusetia di talian: 011-29231125 atau 013-9628768  @FB Ruslan Che Idris

Jawatan Kosong di Terengganu

Image
Jawatan kosong kerajaan negeri Terengganu #setiupost #terengganumyheritage

Pasar Tani Sungai Tong Setiu akan mula beroperasi pada 28 April 2017 ini....

Image
Pasar Tani Sungai Tong, Setiu, Terengganu akan mula dibuka bermula pada 28 April 2017 . Ia akan mula beroperasi bermula jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan dengan lebih mudah dan murah terutama sayuran dan hasil tani segar daripada kawasan sekitar. Pakat mari ramai-ramai untuk dapatkan barangan keperluan anda #setiupost

RM3000 untuk pencipta nama Jagung Manis Terbaru Terengganu.. jom sapa yang berbakat

Image
Rakyat Terengganu hok rase kreatif tu bleh join peraduan Cipta Nama Jagung Manis Negeri Terengganu drp Jabatan Pertanian Negeri Terengganu...siapa yg terpilih b oleh menang hadioh wang tunai RM 3000.00..mana nak mari dh 3k org wi saje.. Borang bleh download di laman web doa.terengganu.gov.my @FB Ahmad Saif

Gadis Kerbau di Kg Gemuruh, Kuala Nerus....

Image
Kuala Nerus: “Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Feedlot milik bapanya di Kampung Gemuruh, Tepuh, dekat sini. Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional. “Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan. “Tak kisahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” kata...

Duyong Art Festival, festival seni yang menarik di Pulau Duyong, Terengganu.. memang menggamit rasa

Image
Pameran Seni Duyung atau 'Duyung Art Festival' telah mula dilancarkan bermula pada 1 April 2017 sehingga 30 April 2017. Pra Pelacaran Festival juga telah dilancarkan pada 8 April dan kemuncak festival adalah pada 28 hingga 30 April 2017. Pelbagai acara dan tarikan telah disusun bagi menarik pengunjung ke festival yang unik dan mempunyai daya seni yang tersendiri. Di antara aktiviti menarik sempena festival ini adalah: diskusi seni Malam Seni DAF Pameran Seni Rumah Kayu Terengganu Aktiviti Bot Penambang Pelbagai jualan dan pameran serta demonstrasi Pameran Seni Warisan Busana Seni Pameran poskad antara yang menarik di DAF Di antara artis tempatan Terengganu yang menjadi antara ikon Festival Art Duyong ini adalah Naquib Mohamad yang cukup ternal dengan lagu ' Kuah Singgang',' Mok' serta' Kuih Dong Dang Dong Dang' Jom kita meriahkan festival yang menarik dan unik ini. #foto sumbangan FB Teh Sulaiha #terengganumyheritagepo...

Keropok Lekor POZI kini mula diperkenalkan.. rasai keenakan keropok Asli Teganung....

Image
Keropok Lekor POZI kini dilancarkan pada 10 April 2017. Semua dijemput hadir untuk merasai sendiri keaslian Keropok Asli Teganung dengan berkonsepkan Hub dan Cafe. Ia juga turut dijual dalam bentuk kedap udara @ vacuum pack.  Dan bagi 100 pelanggan pertama akan mendapat 1 pek keropok bebola atau jejari secara percuma. Keropok Lekor POZI terletak di Kubang Badak berhadapan dengan Kem PGA @ Pasukan Gerakan Am, berdekatan dengan UMT. Pelbagai perisa keropok turut diperkenalkan iaitu perisa keju, BBQ, lada hitam dan mayonis. @FB Pozi Hassan #terengganumyheritagepost

Pelancaran Jagung Manis Terengganu terkini di Rhu Tapai, Setiu, Terengganu

Image
Majlis Pelancaran Jagung Manis Negeri Terengganu (Nama belum rasmi) di Rhu Tapai...Jagung ini hanya utk Negeri Terengganu... Varieti terpilih yang terbaik dan s esuai dgn tanah dan iklim Terengganu. Hasil usahasama Kerajaan Negeri, Jab Pertanian dan Syarikat Green World Genetics. Terkini, Projek Pelabur GWG di Rhu Tapai ini merupakan lokasi penanaman Jagung Benih Terbesar di Asia Tenggara selain Thailand @Fb Ahmad Saif  

Pengalaman menarik pengunjung di Boardwalk Setiu, Wetland, Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu

Image
Pengalaman unik dan sungguh bermakna pengunjung ini mengunjungi Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. Bukan sahaja dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands yang unik, malah dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah dan lokam yang sememangnya banyak di kawasan ini, malah ia juga kaya dengan kerang dan tiram yang tidak tercemar. Boardwalk yang sepanjang hampir 400 meter ini sememangnya kaya dengan spesis hidupan wetlands seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, orkid liar dan macam-macam lagi. Kawasan ini juga cukup kaya dengan Ketam Nipah serta ikan siakap samada siakap putih ataupun merah. Ia juga merupakan kawan berkumpul burung-burung migrasi yang datang dari utara dunia seperti Siberia, utara China ke sini semasa peralihan musim sejuk. Lokam yang sememangnya banyak di sini dan memang terbaik Kepah antara tarikan di sini dan anda boeh merasai pengalaman mencari sendiri   Di sini juga terdapatnya spesis...

Promosi diskaun 50% daripada Peladang Setiu Agro Resort... murah gilerr bohhh

Image
MURAH GILER BOHHHH!!! ROMOSI 50% DISKAUN PELADANG SETIU AGRO RESORT hanya bayar DEPOSIT RM30.00 dan anda boleh tempah sehingga 31 Disember 2017 Jom cepat tempah sekarang dan anda boleh booking juga pada cuti sekolah dan hari minggu tanpa surcaj, cuma pada Cuti Umum ada surcaj Promosi sah sehingga 30 April 2017 dan Tempahan bilik sah sehingga 31 Disember 2017 harga bilik ASAL 50% diskaun New Link Chalet RM98.00 RM49.00 Garden Chalet RM128.00 RM64.00 Pool view Chalet RM148.00 RM74.00 Deluxe Chalet RM178.00 RM89.00 Deluxe VIP/Family RM238.00 RM119.00 VIP Suite RM390.00 RM199.00 Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 0199192240 atau 096920039/59 #terengganumyheritagepost #visitbeautifulterengganu2017

Pengunjung blog