Gadis Kerbau di Kg Gemuruh, Kuala Nerus....



Kuala Nerus: “Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Feedlot milik bapanya di Kampung Gemuruh, Tepuh, dekat sini.

Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional.

“Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan.

“Tak kisahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” katanya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu.

Nadia Khairun Nisa berkata, kebiasaannya dia membantu bapanya menguruskan 60 kerbau pada jam 4 petang hingga 6.30 petang, antaranya membabitkan aktiviti memberi makan dan memandikan kerbau serta membersihkan najis di kandang.

@Harian Metro Online

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog