Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...
Rumah Tamu Fikri yang terletak di Kg Fikri, Setiu, Terengganu yang juga terletak di destinasi tarikan baru pelancongan negeri Terengganu iaitu Setiu Wetland menyediakan kemudahan penginapan yang privasi untuk anda. Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin. Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa. Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan! Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik. Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi t...