Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...






Image may contain: sky, cloud, house, outdoor and natureRumah Tamu Fikri yang terletak di Kg Fikri, Setiu, Terengganu yang juga terletak di destinasi tarikan baru pelancongan negeri Terengganu iaitu Setiu Wetland menyediakan kemudahan penginapan yang privasi untuk anda.



Image may contain: bedroom and indoor

Image may contain: indoor



Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin.

Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ

Image may contain: one or more people, table, tree, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature

Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa.


Image may contain: people sitting, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: sky, cloud, outdoor, nature and water

Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan!

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor

Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik.

No automatic alt text available.

Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi talian 0123176080 atau 0123176080 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Image may contain: one or more people, sky, swimming and outdoor

Image may contain: 1 person, swimming, ocean, outdoor, nature and water





Ia juga menyediakan perkhidmatan sewaan bot untuk Day trip ke Pulau Perhenetian atau Redang, Pakej Candat Sotong, Pakej Memancing mahupun mahu menyusuri lagun.

Tidak jauh daripada rumah penginapan ini terdapat dua tarikan utama  pelancongan iaitu Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap dan juga Galeri wetland di Kg Limau Nipis yang akan dibuka dalam sedikit masa lagi.

Tentunya berbaloi percutian anda ke Setiu dan Terengganu dengan suasana yang privasi serta dengan kemudahan yang selesa.

Jom ke Setiu dan Terengganu

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog