Posts

Showing posts from November, 2017

Semakan Permohonan dan Ujian Bertulis SMA Negeri Terengganu Tingkatan satu 2018

Image
Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden MAIDAM adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Untuk memohon sila klik Menu  Aplikasi Online  dan pilih kategori yang berkaitan. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian : 1) Permohonan ke SMANT akan dibuka pada  23 November 2017 (Khamis) jam 9.00 pagi dan ditutup pada 27 November 2017 (Isnin) jam 4.00 Petang 2) Semakan Ujian Bertulis akan dibuka pada 30 November 2017 (Khamis) jam 9.00 pagi 3) Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :      4 Disember 2017  bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu      6 Disember 2017  bagi kem...

Opok-Opok, makanan tradisi Terengganu

Image
Inilah antara makanan tradisi Orang Teremggamu iaitu Opok-Opok yang diperbuat daripada tepung ubi dan di makan bersama kelapa parut. Memang unik pembuatan dan enak sekali rasanya. Pihak Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan demonstrasi masakan tradisi ini di Rumah Warisan Haji Su Kg Losong Haji Su pada setiap hari Ahad untuk tatapan generasi kini. Ia akan diadakan dari jam 9.00 hingga 5.00 petang. Rumah Warisan Haji Su antara khazanah warisan negeri yang kini dipelihara dengan rapi sebagai warisan negeri Terengganu terutama tentang senibina serta budaya hidup masyarakat Terengganu. Sumber : Muzium Negeri Terengganu  #setiupost

TERKINI syarat baru permohonan ke Sekolah IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU

Image
TERKINI.. mengenai permohonan ke Sekolah IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU dengan syarat masuk terbaru dengan syarat minimum 4A 2B dan tarikh tutup permohonan adalah 3 Disember 2017 sumber: Yayasan Terengganu #setiupost #imtiazterengganu #schoolofexcellence

Destinasi Utama Pelancongan Dunia, Kuala Lumpur di tangga ke 10

Image
Hong kong destinasi utama pelancongan dunia dengan 26.55 juta orang, dikuti 2. Bangkok 21.25 juta, 3. London 19.19 juta , Singapura 16.6 juta dan Macau 15.39. Ke 6 Dubai 7. Paris 8. New york 9. Shenzen dan ke 10 kuala lumpur 12.29 juta orang Malaysia perlu bekerja keras lagi untuk menarik pelancong datang dan setiap negeri perlu berusaha sendiri dan lebih insentif dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong Sumber : Berita Harian # setiupost

E Nasi Kukus Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu... jadi ngat nasi dia...

Image
E nasi kukusyang terletak di  jalan kamarudin, kuala Terengganu sememangnya menjadi antara lokasi pilihan makan tengaharidi kuala Terengganu. Nasi, ayam goreng dan gulai yang enak memang menggamit rasa dan banyak sekali lauk pilihan untuk dipadankan dengan nasi kukus. Harganya juga berpatutan dan sentiasa menarik ramai pengunjung samada makan di kedai mahupun secara bungkus. Macam macam lauk ada termasuk itik dan ayam kampung serta ulaman serta sambal belacan, budu serta tempoyak. Admin yang makan bersama 4 orang termasuk 4 jenis air dengan kos sebanyak rm 31.00. Memang berbaloi. Lokasikedai E Nasi Kukus ini betul betul di hadapan trafik light Jalan Kamarudin dan tidak jauh daripada Kuala Terengganu Specialist Hospital. Selamat menjamu selera # setiupost # visitbeautifulterengganu2017

Udang Viral RM10 untuk 60 ekor di King Trizai, Pantai Penarik Setiu.... pakat mari bohhh

Image
Promosi udang Viral celup tepung terus menghangat pasaran dengan tawaran terhangat RM10 untuk 60 ekor udang di King Trizai , Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Tentunya ia berbaloi untuk anda nikmati udang celup tepung telah menjalar kehangatannya ke seluruh pelusuk negara. Anda kena datang, anda kena cuba... #setiupost #udangviral

Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu... keunikan Setiu Wetland

Image
Laguna agro resort terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu Bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan di sinilah tempatnya Keunikan Setiu Wetland terserlah disini dan anda dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah, lokan dan kerang sendiri Juga bagi kaki pancing, siakap putih, siakap merah dan kerapu menanti anda Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah marin dan ekosist em alam Berlindung disini adalah pelbagai hidupan yang kian terancam seperti tuntung laut (batagur borneonsis), tuntung sungai (batagur affinis) dan penyu agar (chelonia mydas) Setiu wetland merupakan salah satu tempat di dunia yang mempunyai populasi yang tinggi bagi tuntung laut #setiupost #setiuwetland #lagunaagroresort #visitbeautifulterengganu2 018

Permohonan masuk ke Tingkatan satu (1) SM Imtiaz yayasan Terengganu 2018

Image
#setiupost

Terengganu menjuarai Pingpong Sukan Warga Felda Kebangsaan 2017... tahniah

Image
Tahniah pasukan Ping Pong Felda Wilayah Terengganu yang telah menjuarai Kejohanan Sukan Warga Felda Kebangsaan 2017 di Melaka. Ia juga satu kejayaan kepada Persatuan Ping Pong Daerah Setiu di mana sebahagian besar wakilnya adalah daripada persatuan tersebut. Kejayaan ini adalah sebagai semangat awal bagi mengorak langkah dan melahirkan lebih ramai pemain pelapis negeri dan negara di suatu masa kelak. Diharap kejayaan ini dapat mebuka mata pelbagai pihak bagi memastikan Persatuan Ping Pong daerah Setiu memiliki gelanggang latihan sendiri bagi kemudahan pembangunan sukan dan bakat baru. selain itu pelbagai kejayaan juga telah dicipta oleh ahli persatuan seperti: Pingat Gangsa sukan Para ASEAN 2017 oleh saudara Razak- Ping pong Kerusi Roda Johan MSKPP Terengganu perseorangan lelaki dan wanita semoga pembangunan sukan pingpong diperingkat akar umbi akan terus berkembang #setiupost #pingpomngsetiu

Pengunjung blog