Posts

Showing posts from July, 2018

RM5.90 untuk Nasi Mandy Ayam.. murah sangat, sedap pula.. di Restoran Nasi Arab Al Amin, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
Nasi Mandy Ayam Restoran Nasi Arab Al Amin yang terletak di simpang tiga Kg Gong Nering Jerteh atau Kg Mak Sara, menjanjikan kelainan dan resepi asli masakan arab ala Saudi. Menurut pemilik restoran, Ustaz Zulhasna, semua rempah ratus dibawa terus dari Arab Saudi agar ia kekal asli dan menepati citarasa Arab asli. suasana kedai yang santai dan ala ala Arab Menu yang diperkenalkan di restoran ini adalah Nasi Mandy samada ayam mahupun kambing. Sememangnya menu kambing sering mendapat perhatian dan pilihan ramai. Burmaah kambing memang sedap... Roti Arab bersama Fooul Shawarma yang juga sedap. Selain itu juga turut disediakan shawarma iaitu snek arab seakan kebab dan roti arab yang boleh di makan samada bersama Burmaah atau sup kambing mahupun Fouul atau masakan daging kisar bersama kacang bersama sos tomato atau Kibdah iaitu masakan organ dalaman samahati hati, paru, limpa  yang digoreng ala Saudi. Turut dihidang di sini adalah Teh Arab samada asli, ...

Pulau Perhentian sentiasa menggamit pengunjung

Image
Cantik begini Pulau Perhentian, tak rasa nak pergi ke? Memang cantik Dan memukau. Cuma pesan admin carilah agensi pelancongan yang sah untuk uruskan pakej anda. Jangan mudah terpedaya dengan pakej yang murah. Nanti sampai di jeti Kuala Besut.... tersadai anda disana, penat lagi, want hangus lagi. Jadi berhati-hatilah. Admin selalu mendapat maklumat kawan-kawan di jeti, ada sahaja mereka yang menjadi mangsa begini. Pulau Perhentian memang cantik Dan mempunyai pelbagai pilihan pakej Dan bajet mengikut keperluan and. In gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan admin di Facebook. Ikan pari datang ke pantai Terima kasih FB Ani Tics

Mengenali KUTERER... maknenya sakning....

Image
Mengenali KUTERER atau Kuala Terengganu Residen iaitu satu Group atau Kumpulan Sosial yang mempunyai lebih 96K ahli di mana pelbagai aktiviti sosial , kebajikan serta iklan mudah kepada usahawan-usahawan kecil serta usahawan muda digemblengkan di sini. Mari kenali apa itu KUTERER... Soalang soalang sokmo hok ditanye mengenai KUTERER (Frequently Asked Questions KUTERER) 1. Mende makne KUTERER ning? KUTERER adalah singkatang name bagi gruk FB  KUala TEREngganu Residen (urop besor tu gabung jadi KUTERER).. 2. Bakpe dok wak name gruk Kuale Tranung Resideng jer.. Bhaser tranung tu kang..? Wat rohok orang nok cari gruk ning nati.. Ada orang eje Kuala tu jadi Kuale.. Terengganu eje jadi Tranung, Ganu, Teranu, Teganu.. Kang ke rohok tu.. Sebak tu wat ejeang stendek.. Senang orang nok cari kat FB.. 3. Adakoh kuterer ning NGO, Pertubuhang, Kelab, Persatuang atau Badang Politik? KUTERER ning bukang mende mende.. KUTERER dok pernoh berdaftar.. Dang KUTERER tetak akang gining...

#kuliahbisnes Pemasaran Cara Baru

Image
Pemasaran Cara Baru amat mementingkang khidmat pelanggan yang cemerlang. Bisnes yang menguasai khidmat pelanggan yang baik akan bertemu kejayaan dengan mudah Pemasaran cara baru juga amat mementingkan sasaran jualan. Kita kena tetapkan sasaran jualan dan sasaran pelanggan untuk kita capai. Setiap bulan atau setiap dua bulan kita kena buat sedikit analisa untuk kenalpasti darimana pelanggan kita. Pemasaran cara baru juga amat mementingkan kehendak pelanggan. Kehendak pelanggan sentiasa berubah. tetapi bisnes yang mampu berubah mengikut kehendak pelanggan akan lebih mudah berjaya. Pemasaran dan bisnes cara baru juga amat mementingkan teknologi seperti: penggunaan video dalam promosi atau testimoni sales automation laman web, internet dan juga extranet media sosial seperti Facebook, Istagram, twitter, whatsapp serta blog atau apa juga medium media terkini Ternd ini lebih dikenali Marketing Visionary. Pemasaran Masa hadapan atau Future Marketing juga amat penting deng...

#kuliahbisnes Bagaimana Memenangi Pasaran

Image
Memenangi Pasaran. Menurut Philip Kotler, pakar pemasaran moden, beberaoa perkara perlu diambil kira dalam memenangi pasaran yang semakin mencabar, antaranya: Melalui perkhdmatan yang TERBAIK Lihat perkembangan restoran makanan segera seperti KFC, Kenny Rogers dan McD yang berkembang pesat seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik yang boleh diterima ramai orang di seluruh dunia. Ia suatu yang nampak sukar tapi berjaya menembusi cabaran pelbagai budaya dan gaya hidup manusia di dunia Harga yang lebih MURAH Lihat pasaran pasaraya besar seperti Mydin, GIANT, Tesco dan sebagainya yang sentiasa mencari peluang untuk menjual barang dengan lebih murahdemi menawan hati pelanggan. Yang terbaik adalah MURAH + KUALITI..  Pasaran yang lebih BESAR Meneroka pasaran yang lebih besar dan luas sebagaimana AIRASIA yang meneroka pasaran dengan LEBIH MURAH dan LUAS ke serata dunia. Begitu rangkaian 11 Eleven yang telah mula menawan bandar kecil dengan perkhi...

ULASAN CADANGAN PENUTUPAN TAHFIZ ALQURAN Oleh : TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

Image
Tuan Asmawi Tuan Umar Penasihat Agama & Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) بسم الله الرحمن الرحيم... باسمه تعالى جل شأنه .. قال الله تعالى في محكم كتابه... إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون.صدق الله العلي العظيم... Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr. 9) 1. Taufan kencang serta ribut petir membawa cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin,mantan Menteri Penerangan yang mencadangkan agar pusat-pusat serta sekolah tahfiz ditutup? Ada masalah apa dengan sekolah-sekolah tahfiz terkait diri anda? Tulisan ini bukanlah dalam laras dan nuansa politik bahkan ianya menyentuh sentimen umat Islam. Sudahlah kita ini bukan hafiz al quran,kita pula melarang orang lain menyantuni kalam Allah SWT,yang anda jadi adalah AL HABIS. Bercakap tentang hal ini,kalau anda bukan Islam,kita tidaklah menjadi kehairanan. Ini anda seorang muslim. Kadang-kadang kita ini makin tua sepatutnya makin matang berfikir apalagi terkai...

Pakej serendah RM30 seorang sehari di KEM AGRO, Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu.. berbaloi

Image
Promosi Pakej KEM AGRO di Peladang Setiu Agro Resort ditawarkan dengan harga serendah RM30.00 seorang sehari. Penawaran pakej ini adalah termasuk: penginapan asrama makan minum 4x sehari termasuk sarapan pagi- makan tengahari- makan malam serta 1x minum samada pagi/petang/malam penggunaan dewan kuliah berhawa dingin dengan PA system Surau Padang kawad dan pakej ini sah untuk tempahan hari weekdays Ahad hingga Khamis Ini peluang terbaik bagi sekolah-sekolah di Malaysia terutama di Terengganu dan Kelantan untuk mengadakan kem akademik atau program belajar di luar kelas. Selain itu, kem ini juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik bagi pelajar-pelajar merasai sendiri cabaran rekreasi samada Flying fox, rafting, water confident, jungle trekking dan banyak lagi dengan bimbingan jurulatih yang berpengalaman. Jangan lepaskan peluan terbaik ini dan boleh hubungi 0199192240 untuk maklumat lanjut. #setiupost

Gaji-Gaji CEO Tertinggi di Malaysia.. panjang sikit, tapi seronok kita baca... jom.

Image
Mungkin ada yang nak tahu berapa gaji pengarah-pengarah syarikat terkemuka di Malaysia ni kan? Orang kata gajinya besar, betul ke? 1. Gaji Pengarah AMMB Holdings (AmBank) Sumber:  Bursa Malaysia  – AMMB 2017_Corporate_2.pdf (Annual Report 2017) Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Azman Hashim – RM3,415,000 setahun atau RM284,583 sebulan

#kuliahbisnes - Apa itu Prinsip PARETO?

Image
Apa itu Prinsip Pareto? Istilah 'Prinsip Pareto' datang dari nama ahli ekonomi Vilfredo Pareto. Prinsip ini lebih dikenali dengan nama Hukum 80-20. Prinsip ini  mengatakan 20% kerja yang kita lakukan menghasilkan 80% pulangan yang diperoleh. Manakala 80% lagi kerja yang kita lakukan akhirnya cuma menghasilkan 20% pulangan. . Hukum 80-20 ini berlaku di mana-mana. Dan dalam semua jenis pekerjaan. Yang menjadi isu bagi kita orang bisnes adalah, macam mana kita hendak tahu 20% kerja-kerja yang menghasilkan 80% pulangan itu. Apabila kita tahu kerja-kerja itu, maka kita patut fokus melakukan kerja-kerja itu sahaja. Kerja-kerja lain boleh diserahkan kepada staff. . Lazimnya kita percaya apabila kita tambah buat kerja, maka bisnes kita akan naik lebih tinggi. Kita percaya kerja lebih keras, bisnes lebih bagus. Ini yang membuat kita sanggup bekerja keras. Tapi kita boleh tengok banyak kes berlaku di mana peniaga kecil yang bekerja sangat keras, tetapi bisnesnya ...

Cara Mengundang REZEKI Dari Allah Swt...jom usahakan

Image
Image: sepatu putih CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 🔵  Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungku s untuk orang miskin. Rutin dia lakukan. 🔵  Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan. 🔵  Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW. 🔵  Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja. 🔵  Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit! 🔵  Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsun...

Pengunjung blog