iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 30 July 2018

RM5.90 untuk Nasi Mandy Ayam.. murah sangat, sedap pula.. di Restoran Nasi Arab Al Amin, Jerteh, Besut, Terengganu

Image may contain: food
Nasi Mandy Ayam

Restoran Nasi Arab Al Amin yang terletak di simpang tiga Kg Gong Nering Jerteh atau Kg Mak Sara, menjanjikan kelainan dan resepi asli masakan arab ala Saudi.

Menurut pemilik restoran, Ustaz Zulhasna, semua rempah ratus dibawa terus dari Arab Saudi agar ia kekal asli dan menepati citarasa Arab asli.

Image may contain: sky and outdoor
suasana kedai yang santai dan ala ala Arab

Menu yang diperkenalkan di restoran ini adalah Nasi Mandy samada ayam mahupun kambing. Sememangnya menu kambing sering mendapat perhatian dan pilihan ramai.

Image may contain: outdoor, water and food
Burmaah kambing memang sedap...

Image may contain: food
Roti Arab bersama Fooul

Image may contain: food
Shawarma yang juga sedap.

Selain itu juga turut disediakan shawarma iaitu snek arab seakan kebab dan roti arab yang boleh di makan samada bersama Burmaah atau sup kambing mahupun Fouul atau masakan daging kisar bersama kacang bersama sos tomato atau Kibdah iaitu masakan organ dalaman samahati hati, paru, limpa  yang digoreng ala Saudi.

Turut dihidang di sini adalah Teh Arab samada asli, bersama lemon, pudina ataupun susu selain minuman jus buah-buahan segar serta minuman karbonat arab yang terkenal iaitu Barbican.

Harga yang dijual direstoran ini amat berbaloi iaitu RM5.90 bagi Mandy Ayam dan RM8.80 bagi Mandy Kambing. Semua orang mampu dengan harga ini.

Image may contain: food and text
Set Mix Grill RM35 untuk 2 hingga 3 orang makan



Turut dijual menu berdasarkan set-set tertentu yang menarik dan berbaloi untuk dinikmati samada bersama kawan-kawan mahupun keluarga.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Dah jadi penggemar masakan Arab..

Bagi yang ingin menempah dan bertanya lanjut bolehlah berhubung dengan restoran ini di talian
 014 7433574

Apa yang pasti restoran ini menyediakan masakan Arab yang sedap dan amat murah.. Dan pelanggannya ramai yang datang di Kelantan samada Machang, Kuala Krai malah Kota Bharu bagi menikmati keenakan di sini.
Datanglah ramai-ramai, tak rugi....

#setiupost

2 comments:

Lya Akif Imtiyaz said...

Nampak sedap dan menyelerakan betul nasi arab tu cik sanusi .. kenyang satu family ..

terengganulegend said...

Alhamdulilah kenyang sungguh....

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog