Posts

Showing posts from December, 2018

Penemuan Fosil Karang berusia 7000 tahun di setiu, Terengganu

Image
Penemuan warisan berharga terbaru di Setiu, Terengganu yang berusia 7000 tahun di Kg Telaga Papan.  Ini bermakna banyak lagi  fosil  karang atau coral terdapat di kawasan tersebut dan  perlu diteroka dan diselidik dengan lebih teliti bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk digali dan didokumenkan. Ianya adalah satu penemuan yang hebat dan boleh menjadi bukan sahaja tarikan negeri Terengganu malah tarikan negara dan juga antarabangsa. Langkah susulan perlu diambil bagi mendapatkan lebih banyak spesimen untuk dikaji dan dibuat dokumentasi dengan lebih teliti dan mungkin kajian lanjut akan membawa maklumat yang lebih banyak dan menarik. Ia juga boleh menarik lebih ramai penyelidik dari seluruh negara dan juga luar negara bagi mendapatkan kajian lebih lanjut berkaitan dengan penemuan ini. Mungkin kawasan tersebut nanti boleh dibuat Galeri Maklumat berkaitan dengan apa yang dijumpai supaya lebih ramai orang akan datang untuk mendapatkan maklumat. Kerajaan ne...

Nasi Ayam Penyet di Quinara Al Safir Resort... serba cukup....

Image
Kebetulan pada suatu hari , ada mesyuarat di Quinara Al Safir Resort , Tok Jembal Kuala Terengganu dan pada waktu tengahari telah diperkenalkan menu yang baru iaitu Nasi Ayam Penyet. Alhamdulilah nampak rupa macam sedap dengan ayam gorengnya, serta sambal nya dan juga turut dihidangkan bersama Daging Singgang. Macam kena je.. Dan harga yang ditawarkan pun berpatutan iaitu RM10.90 bagi special dan RM12.90 bagi ayam kampung dan harga ternasuk minuman serta buah potong. Setelah menikmatinya memang sedap sungguh dan sambalnya pedas molek. Singgang daging pun sedap. Kira cukup kena lah. bagi anda yang ingin mencuba boleh lah berkunjung ke Lambur Cafe di Quinara Al Safir Resort. Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak resort di talian 09-6674040 #setiupost #terengganumyheritage

Pengunjung blog