Penemuan Fosil Karang berusia 7000 tahun di setiu, Terengganu


Foto Terengganumyheritage.


Penemuan warisan berharga terbaru di Setiu, Terengganu yang berusia 7000 tahun di Kg Telaga Papan. 
Ini bermakna banyak lagi  fosil  karang atau coral terdapat di kawasan tersebut dan perlu diteroka dan diselidik dengan lebih teliti bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk digali dan didokumenkan.

Ianya adalah satu penemuan yang hebat dan boleh menjadi bukan sahaja tarikan negeri Terengganu malah tarikan negara dan juga antarabangsa.

Langkah susulan perlu diambil bagi mendapatkan lebih banyak spesimen untuk dikaji dan dibuat dokumentasi dengan lebih teliti dan mungkin kajian lanjut akan membawa maklumat yang lebih banyak dan menarik.

Ia juga boleh menarik lebih ramai penyelidik dari seluruh negara dan juga luar negara bagi mendapatkan kajian lebih lanjut berkaitan dengan penemuan ini.

Mungkin kawasan tersebut nanti boleh dibuat Galeri Maklumat berkaitan dengan apa yang dijumpai supaya lebih ramai orang akan datang untuk mendapatkan maklumat.

Kerajaan negeri Terengganudan juga Pejabat Daerah Setiu  juga perlu mengambil serius akan penemuan yang amat berharga ini supaya ia tidak musnah dan terjaga sesuai dengan dasar kerajaan yang ingin menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negeri dalam masa terdekat ini.

#setiupost
#terengganumyheritage

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Kenali Gunung Tebu...... menarik dan mistik

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog