Posts

Showing posts from June, 2020

Mee Champa, Mee Sup Melayu Champa yang menyelerakan di Kuala Terengganu... puashati...

Image
Selepas PKP Corvid baru Admin ada ruang untuk ke Kuala Terengganu menyempurnakan beberapa urusan setelah 3 bulan terkurung sepi. Juga ambil peluang untuk mencari idea bisnes selepas PKP yang cukup mencabar. Dan waktu tengahari singgah ke Restoran Mee Champa di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan tidak jauh daripada Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Nampaknya ramai juga juga pengunjung ke restoran yang menjual juadah istimewa Melayu Champa yang berasal dari Kemboja atau Kampuchea iaitu Mee Melayu Champa. Hidangan bermula dengan RM6.00 semangkuk bagi Mee Champa samada ayam, daging atau perut. Anda juga boleh memilih untuk campuran samada perut+keting dan sebagainya dengan harga yang tertentu. Rasanya memang Ummp.. puashati dengan mee nya yang kenyal seakan akan suhun serta rasa sup dan daging serta ketingnya yang lembut. Memang menyelerakan. Suasana kedai juga selesa dan ada ruang berhawa dingin serta ruang terbuka. Walaupun dengan penjarakan sosial na...

Pengunjung blog