Mee Champa, Mee Sup Melayu Champa yang menyelerakan di Kuala Terengganu... puashati...

Image may contain: outdoor

Selepas PKP Corvid baru Admin ada ruang untuk ke Kuala Terengganu menyempurnakan beberapa urusan setelah 3 bulan terkurung sepi.

Juga ambil peluang untuk mencari idea bisnes selepas PKP yang cukup mencabar. Dan waktu tengahari singgah ke Restoran Mee Champa di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan tidak jauh daripada Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.

Nampaknya ramai juga juga pengunjung ke restoran yang menjual juadah istimewa Melayu Champa yang berasal dari Kemboja atau Kampuchea iaitu Mee Melayu Champa.

Image may contain: food

Hidangan bermula dengan RM6.00 semangkuk bagi Mee Champa samada ayam, daging atau perut. Anda juga boleh memilih untuk campuran samada perut+keting dan sebagainya dengan harga yang tertentu.

Rasanya memang Ummp.. puashati dengan mee nya yang kenyal seakan akan suhun serta rasa sup dan daging serta ketingnya yang lembut. Memang menyelerakan.

Suasana kedai juga selesa dan ada ruang berhawa dingin serta ruang terbuka. Walaupun dengan penjarakan sosial namun ia masih selesa dan menyenangkan.

Image may contain: 1 person, sitting

Bagi yang berkunjung ke Kuala Terengganu boleh lah mencuba Mee Champa ini..

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog