Posts

Showing posts from January, 2021

Sambal Garing Goreng yang simple dan sempoi.. tak cukup 2 pinggan nasi

Image
  Di waktu PKP ini, perut asyik berbunyi aje. Meh kita ke dapur tengok apa yang ada. Ha jom kita buat Sambal Goreng Garing. Jangan marah kalau kena tambah nasi. Bahan bahannya -segenggam cili burung hijau - belacan sebesar ibu jari -2 labu bawang besar-mayang - 4 ulas bawang putih-mayang -gula merah/gula putih Cara cara membuatnya; -panas minyak -masukkan cili.. biar agak garing -masukkan belacan biar bangkit bau -masukkan bawang besar dan bawang putih -lenyekkan cili - perasakan dengan sedikit gula merah atau gula putih - untuk garam, cuba rasa dulu sebab rasa dah masin. Nah.. boleh makan dengan nasi panas Tambah dengan telur mata mata atau telur dadar.. Fuhh menambah nasi #bapakchef

Nasi Mandy Sumai Hotel Apartment memang sedap dan atam besar..kenyang nyandar..

Image
  Nasi Arab Mandy daripada Restoran Bintang Laut, Sumai Hotel Apartment memang rasa Arab.. puas hati sungguh. Tengahari tadi semasa ada urusan di bandar Kuala Terengganu, tiba tiba perut nak rasa Nasi Arab. Hari tu tengok iklan kat fb Sumai Hotel Apartment nampak macam menarik dan terliur pulak. Jadi singgah di gerai kecil di hadapan hotel yang memudahkan kenderaan untuk mendapatkan Nasi Mandy Ayam Special, kambing atau Lamb Shank. Sampai di gerai disambut mesra oleh adik penjual, katanya kambing dah habis, tinggal ayam special dan lamb shank, jadi saya minta Ayam Special. Harga RM12 se pek. Wahh besar pek ni. Macam tak habis je seorang makan.   Musim PKP, kereta adalah tempat paling sesuai untuk makan. Nak makan tak kena tempat kan silap silap jadi orang kaya bayar caj RM1k😅. Bila dibuka pek nasi.. besar ayamnya.. ayam quarter iaitu seekor potong empat. Nasinya pula boleh makan 2 orang, turut disediakan sambal , salatah, sup serta kuah dalca. Jamah je nasi.. memang sedap dan rasa nas

Kue Tiaw Sup ala steamboat yang simple dan sedap.. mudah je..

Image
  Musim PKP ni kitaran hidup tak meluas sangat, travel pun dari bilik tidur ke ruang tamu.. dan jauh sikit ke dapur. Masuk ofis pun jika perlu. Petang turun ke laman buat sedikit exercise buat keluar peluh sambil tengok pokok pokok yang di tanam zaman PKP ni iaitu pokok Avocado dan Longan Sarawak atau Motoa. Jadi untuk perkongsian hari ini kita travel ke dapur hasil Bapak Chef iaitu Menu Kue Tiaw ala steamboat yang ringkas dan sedap. Bahan bahan yang diperlukan -1 bungkus atau 2 bungkus kue tiaw  (Saya buat 2 bungkus untuk 6 orang makan) -semangkuk ayam yang di cincang - semangkuk bebola yg diguna untuk steamboat, terpulang pada anda -sedikit cendawan shitake dan noki yang halus tu - semangkuk kobis bulat atau sayur yg anda suka -1 paket kecil perencah mee hoon sup adabi -1 sudu chicken powder - sedikit serbuk lada sulah - garam - sedikit sos tiram - bawang besar 1 labu dan 4 ulas bawang putih untuk menumis - sedikit minyak Cara- caranya - panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih

Warung Lang Buana.. walaupun tersorok tapi mendamaikan di Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu

Image
  Untuk kali ini Admin singgah untuk mencuba Sup Belut di sebuah warung yang agak jauh dari jalan besar di Kg Panchur Merah iaitu Warung Lang Buana. Walaupun bukan dipinggir jalan tetapi lokasi di sini amat mendamaikan dan ramai juga pengunjung yang datang untuk untuk menikmati keenakan menu di sini. Sup Belut Lang Buana boleh tahan juga rasanya dan sedap dimakan dengan suasana hujan sekarang. Warung berkonsepkan wakaf wakaf ini cukup menarik dan selesa untuk makan bersama keluarga. Banyak menu menarik di sini termasuk pelbagai sup dan juga yang mendapat perhatian ramai iaitu Sup Keting. Untuk datang ke sini jika anda dari Bandar Permaisuri, di simpang lampu isyarat Kg Guntung, belok kiri ke Kg Panchur Merah dan jika dari Jerteh belok kanan. Terus dalam 2km dan lokasi warung berhampiran dengan SK Panchur Merah, Setiu, Terengganu. Selamat menjamu selera.

Kisah Kopi... Di dunia dan Malaysia...

Image
  Kali ini kita bercerita kisah Kopi. Memang ia minuman kegemaran admin. Di dunia, kopi di tanam seluas 11.12 juta hektar dan Brazil merupakan pengeluar terbesar dunia dengan keluasan 2.15 juta hektar iaitu 19% daripada pengeluaran dunia diikuti dengan Vietnam seluas 1.057 juta ha serta Colombia seluas 0.88 juta ha. Di Malaysia, pengeluaran kopi hanya menampung 3% daripada keperluan kopi nasional dan 97% keperluan kopi di import iaitu 97,500mt hingga 100,000 mt dari Indonesia 48% dan Vietnam 26%. Terdapat 3 spesis kopi yang utama ditanam di serata dunia daripada 66 spesis kopi yang ada!. Spesis Arabica merupakan kopi premium yang berasal dari pergunungan Yaman dan kawasan tanah tinggi Ethiopia. Ia merupakan spesis kopi di tanah tinggi yang kini ditanam di serata tanah tinggi dunia. Spesis Robusta dikatakan berasal dari bahagian tengah dan barat Sahara di Afrika. Ia merupakan spesis kopi tanah rendah yang tidak kurang popularnya. Manakala spesis Liberica berasal dari Afrika Barat dan Te

Razna Houseboat satu-satunya 'houseboat' yang mempunyai lif! Unik kan..

Image
  Razna Houseboat yang mula beroperasi pada Ogos 2020 adalah satu satunya 'Houseboat' di Tasik Kenyir yang mempunyai lif!. Unik kan. Dengan mempunyai kemudahan 10 buah bilik mampu menampung 30 hingga 40 orang dalam satu masa. Terdapat 1 bilik VVIP serta 2 bilik VIP yang berhawa dingin dan mempunyai bilik air tersendiri. Manakala 7 bilik lain yang selesa berkongsi kemudahan 4 bilik air yang selesa.  Apa yang istimewa Coach VIP Razna Houseboat ini mempunyai roof top yang selesa bagi menikmati pemandangan tasik yang indah dan menarik sepanjang perjalanan. Ia juga boleh dijadikan ruang terbuka pelbagai guna untuk beraktiviti, ber barbeque dan macam macam lagi. Bagi anak anak ianya tentunya menggembirakan dengan kemudahan kolam renang dan gelungsur terus ke tasik yang akan meninggalkan memori yang indah percutian anda. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan kayak, jaket keselamatan serta bot pengiring bagi memberi anda lebih kepuasan dalam beraktiviti serta menjelajah lubuk bagi kaki

Pengunjung blog