Pelancongan Sungai atau River Tourism dan 15 sungai terbaik dunia.
Kuala Terengganu River Cruise oleh Payang Water Taxi, Cas Ligas. River Tourism atau Pelancongan Sungai adalah sesuatu yang masih baru di negara kita Malaysia walaupun pengangkutan sungai ini adalah sinonim dengan kehidupan kita dalam ketamadunan Melayu sejak zaman berzaman. Bot Penambang Kuala Terengganu- Seberang Takir Namun dengan arus kemodenan sekarang, ia semakin dipinggirkan atau terpinggir dengan kemajuan pengangkutan darat dan udara yang semakin efisien. Sungai Danube di Eropah Pelancongan sungai ini adalah kembara atau melancong dengan menggunakan bot atau feri. Banyak yang dapat dinikmati samada alam semulajadi, hidupan liar, budaya, warisan, gastronomi dan macam macam lagi. Di Malaysia antara sungai yang menarik adalah Kuala Terengganu, Sungai Kinabatangan, Sungai Rejang, Melaka, dan banyak lagi yang masih belum popular dan dipopularkan. Jika di Eropah ada disediakan perkhidmatan sewaan bot dan melancong dengan menginap di atas bot. Percutian sungai atau River Vacation...